Cik Nur Aulia Umairah bt Mohd Faizal dengan rendah diri ingin memohon bantuan untuk dirinya dan bapanya sekali. Bapa beliau merupakan pesakit stroke lumpuh separuh badan sebelah kiri dan berkaki satu kerana kakinya dipotong akibat kencing manis. Cik Umairah sendiri tidak bekerja kerana menjaga bapa beliau yang terlantar disebabkan itu, punca pendapatan dua beranak ini mengharapkan sumber daripada anak lelakinya sahaja. Abang kepada Cik Umairah ini hanya bekerja di Kilang Senai tetapi kerap kali diberikan cuti kerana lockdown/pkp yang sedang berjalan sekarang kerana Kawasan tempat kerjanya sekarang PKPD. Bapa Cik Umairah hanya menerima pencen ilat dari SOCSO berjumlah RM500 tetapi separuh daripada amaun itu disalurkan kepada ibu beliau untuk adik adik yang masih bersekolah sebagai tanda nafkah. Ibu Bapa Cik Umairah telah berpisah dan separuh lagi dari amaun pencen itu untuk membayar sewa rumah dan keperluan rumah . Sudah beberapa bulan sewa rumah telah tertunggak sejak pkp ini dijalankan.
Sekarang ni sewa rumah tertunggak masuk bulan ni 2 bulan
1bulan RM850
2bulan RM1700
Tidak termasuk hutang dengan pakcik beliau iaitu RM250.Bil api air sebulan anggaran dalam rm150. Barang keperluan harian mandi sabun baju ape semua sudahpun habis untuk Cik Umairah dan bapanya, lingkungan dalam RM250 untuk jumlah barang barang tersebut. Rm300 kalau boleh tambahan untuk beli brg dapur beli seluar bapa Cik Umairah dan ubat ubatan dia di farmasi . Selebihnya kalau lebih nak beli Tilam bujang untuk bapa beliau kerana katil cume bentangkan toto untuk tidur. Sejak pkp, abang beliau pun telah terputus punca pendapatan.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.