Assalamualaikum, saya ingin memohon bantuan dana dari kalian semua untuk saya bayar duit sewa bulanan rumah. Sekarang ni saya tak dapat bayar bil semasa dan bil tertunggak. Untuk bulan depan pun saya tak pasti macam mana nak bayar semua ni dengan nak bantu ibu yang masih tak dapat masuk bekerja. Ibu saya berada di Johor dan jaga nenek saya yang memerlukan pampers and condition nenek saya sekarang ni dah tak boleh bangun tanpa bantuan. Saya juga mungkin akan bermula bekerja kerana dah mula sesi interview bersama beberapa syarikat dan memerlukan dana untuk pergi dan balik kerja untuk kelangsungan hidup dan membantu ibu. Saya baru sahaja habis internship di final semester dan ada memohon bantuan tapi tak dapat. Sekarang saya dapat selesaikan serba sedikit bayaran tertunggak dengan menggadaikan rantai yang saya ada sebab itu sahaja cara yang tinggal. Saya harap melalui platform ini, ada yang sudi membantu saya seikhlas hati. Terima kasih
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.