Saya bernama Janisah binti Jumaani daripada sabah ingin memohon bantuan barang keperluan anak kerana sudah kehabisan dan kami pun tidak mampu untuk membelinya, pada saya biar lah kami tak makan asal ada susu dan pampers anak saya.Suami saya hanya bekerja sebagai seorang nelayan. Sejak pkp ni langsung tidak dapat turun kelaut sebab terdapat Polis Marin yang selalu menjaga di perlautan.Sebelum ni saya ada menjual kuih setiap pagi tetapi modal untuk berniaga sudah pun terputus disebabkan anak saya sering jatuh sakit dan juga telah digunakan untuk membeli sedikit barang keperluan kami sekeluarga. Saya ada anak 2 orang yang masih kecil berusia 3 dan pada bulan jun lepas dia baru sahaja menjalani pembedahan usus bengkak, segala simpanan saya telah digunakan untuk kos perubatan dia sahaja.Ada juga saya memohon bantuan di kampung saya, saya telah peroleh beras 5 kg dan telur satu papan tetapi tidak mampu bertahan sehingga bulan, hanya beberapa hati sahaja.Sekarang anak saya yang kecil demam dan selesema , tetapi saya tidak mampu untuk bawa dia ke klinik akibat ketandusan wang simpanan.
Tarikh Disbursement:
17/08/2021 : RM2425.00
Jumlah dana yang terkumpul setakat ini.
(dana selepas ditolak transaction fees + marketing RM200)
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.