Salam , saya kenalkan diri saya sebagai along , saya menghidap penyakit asma kronik, tibi kronik dan paru paru saya juga semakin teruk. Sekarang saya dan ibu yang telah berusia 70 tahun tinggal sementara di rumah adik perempuan saya. Sebelum ini, saya meniaga nasi lemak tepi jalan sebagai pendapatan utama ketika saya masih sihat dan dikurniakan lagi tenaga. Hasil jualan nasi lemak tersebut dapat saya menampung segala perbelanjaan saya dan ibu, keperluan rumah dan bil bil yang harus dibayar tetapi kini tidak lagi. Saya sendiri nak berdiri pun penat apatah lagi untuk berjalan,badan saya menjadi lemah dan penat , tidak lagi cergas seperti sedia kala. Saya memulakan rawatan pada hujung 2020 bulan 12, dijadualkan rawatan ini hanya berlangsung selama 6 bulan tetapi masih ada lagi kuman di paru paru yang menyebabkan saya terpaksa meneruskan rawatan dan makan ubat sehingga satu Tarikh yang diberitahu oleh doktor untuk berhenti. Segala kos perubatan saya telah menggunakan seluruh duit simpanan saya ketika meniaga dahulu, tetapi kini duit simpanan saya pun telah habis digunakan.
Perbelanjaan yang diperlukan:
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.