Cik Hafizah merupakan seorang ibu saudara yang menjaga 2 orang anak saudaranya dan seorang cucu saudaranya (yang dia telah ambil sebagai anak sendiri) ketika PKP lalu kerana adik beradiknya tidak mampu untuk tanggung perbelanjaan untuk anak yang ramai. Jadi beliau ambil anak saudaranya itu kerana sebelum ini, beliau bekerja dan kewangan stabil, sehingga bulan lepas, beliau telah dipotongkan gaji sehingga RM400 sahaja untuk sebulan. Cik hafizah kini tidak lagi mampu untuk menjaga anak2 saudaranya dan membayar bil2 tertunggak serta sewa rumah yang telah tertunggak selama 3 bulan. Anak saudaranya berumur 21 tahun, 3 tahun manakala cucu saudaranya pula berumur 1 tahun. Kini keperluan untuk cucu saudaranya semakin tidak mencukupi kerana kesempitan dan kekurangan wang pendapatan Cik Hafizah. Anak saudaranya pula tidak bekerja kerana perlu menjaga yang lagi 2 orang kecil ketika Cik Hafizah pergi bekerja. Sekarang selepas PKP anak saudaranya telah balik ke Sabah dan tinggal Cik Hafizah dan anaknya sahaja.
Sekarang gaji Cik Hafizah da tak dipotong selepas PKP beransur pulih tapi gaji Cik Hafizah yang hanya RM1200 masih belum cukup untuk dia dan anaknya meneruskan hidup selepas gaji sebelum ni dikurangkan. Cik Hafizah telah pun berpindah daripada rumah lama dan menyewa bilik kerana telah tak dapat nak membayar sewa rumah lamanya dimana walaupun sewa telah dibayar tapi masih tidak cukup sebab itu dia terpaksa keluar. Sewa bilik yang baru sekarang RM350. Sehingga kereta pun hampir ditarik sebab sering lewat bayar. Cik Hafizah terpaksa hantar anak kepada pengasuh dan perlu bayar RM500. Jadi beban yang Cik Hafizah kena tanggung masih banyak.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.