Salam, saya bapa tunggal 62tahun, mempunyai 7orang anak. Seorang mualaf, memerlukan bantuan untuk membuat wiring rumah saya. Anak-anak saya semua masih bersekolah dari umur 20 tahun, 19 tahun,17 tahun,14 tahun,12 tahun,10 tahun dan 7tahun. Rumah saya mempunyai 4 orang anak perempuan, dengan keadaan kami terpaksa tinggal disini akibat tiada tempat kami boleh duduk kecuali rumah pusaka yang ditinggalkan oleh arwah datuk. Dengan keadaan saya sekarang hanya mampu membawa grab, tetapi tiada pelanggan kerana terpaksa tinggal dikampung buat masa sekarang. Saya juga memohon bantuan makanan untuk anak-anak saya. Buat masa sekarang saya hanya menanam pisang dan mengambil upah memotong rumput di kawasan kampung saya. Rumah kami tinggal selamat dari hujan panas tetapi bahaya, kerana binatang seperti ular dan lain2 kerap masuk kerana tingkap rosak dan tiada penutupan yang penuh di bahagian ats rumah. Harap boleh bantu saya. Saya sudah berumur 62tahun mengalami masalah sakit usus, pernah membuat pembedahan pada tahun 2013, saya tak dapat buat kerja berat. Sepatutnya saya menjalankan pembedahan tahun lepas buat kali kedua tetapi tidak dapat buat kerana tidak ada yang bakal mencari wang untuk anak-anak saya makan kalau saya buat pembedahan dan tak dapat bekerja selama 6bulan. Saya hanya memohon bantuan buat kami makan dan baiki rumah serta saya juga punya tunggakan bil api yang tak dapat saya bayar. Dan kalau boleh memerlukan simen dan pasir atau batu bata untuk menutup celah yang terbuka dan untuk membeli cermin tingkap. Dengan rasa rendah hati, saya ingin memohon bantuan.
Tarikh Disbursement:
24/08/2021 : RM16232.50
(dana selepas ditolak transaction fees + marketing RM200)
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.