Saya merupakan Puan Fitri iaitu ibu kepada Muhammad Adam ataupun dikenali sebagai Adik Fitri yang berusia 3 tahun, sejak pkp tempoh hari saya telah pun hilang pekerjaan dan suami saya juga, kami cuba untuk menjual online tetapi tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan susulan anak saya yang telah membuat pembedahan awal bulan Mei lepas. Dengan keadaan sekarang, saya tidak lagi mampu untuk membeli susu dan pampers kerana saya sedang mengumpul duit untuk rawatan susulan anak saya di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur. Sekarang, saya terpaksa membuat checkup anak saya di hospital sebanyak seminggu sekali kerana keadaan anak saya yang tak berapa stabil sejak dia menjalani pembedahan pada tempoh hari. Sekarang anak saya berada di rumah tetapi beberapa hari lepas saya ada membawanya ke kecemasan dan doktor maklumkan berkemungkinan kena buat pembedahan sekali lagi tetapi bukan dalam masa terdekat kerana kes covid-19 yang semakin meningkat. Jadi doktor menyarankan untuk cuci punggung anak saya menggunakan lilin dan masuk air garam untuk mencuci kerana ada masalah jahitan usus tempoh hari, setiap kali pendaftaran dibuat, bayaran RM120 harus dibuat.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.