Saya sangkakan rawatan anak saya setakat haritu dan dia boleh untuk survive. Tetapi sangkaan saya salah.Kami pindah dari Ipoh Untuk melihat kesembuhan Arisha.Kami korbankan segala demi rawatan anak.Habis rawatan kimoterapi yg dirancang oleh doktor tempoh hari.Doktor tambah kan rawatan kimoterapi dan tambah lagi radioterapi.Rawatan anak kini di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur.Radioterapi memerlukan kehadiran setiap hari tanpa gagal dari Isnin sehingga Jumaat ke HKL.Buat masa sekarang, masih belum berjumpa doktor radioterapi sebab selepas kimoterapi cycle yang pertama untuk combination ubat baru, anak saya diuji dengan kencing berdarah, muntah yang teruk, demam, platelet yg rendah tak naik-naik. Setiap hari akan tranfuse platelet kerana plateletnya masih diparas bawah 20.Oleh yang demikian pendarahan di bahagian kencing dia ambil masa yang lama utk berhenti. Pelbagai usaha doktor untuk bantu arisha.Platelet yg digunakan oleh arisha hanya jenis apherasis shj.Masuk untuk kimo kali ini termasuk komplikasi yg dialami sy dah gunakan 4 paket pampers dan 7 paket tisu basah. Disebabkan kekerapan pertukaran lampin dilakukan. Bantuan dari pihak semua dapat meringankan beban kami sekeluarga dlm menyediakan kelengkapan arisha untuk tujuan keselesaan dia.Setiap sumbangan anda memang sangat bermakna buat kami.Bukan niat kami utk meminta-minta tapi kami tak mampu lagi utk menampung kos perbelanjaan sepnjg rawatan arisha memandang sebelum² ini kami tak pernah meminta sumbangan. Semua duit simpanan kami habis digunakan utk rawatan Arisha. Terima kasih kepada semua yg sangat prihatin dan memberi sumbangan kepada Arisha dan mendoakan kesembuhan dia.Tak terbalas jasa penyumbang buat Arisha.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.