Setelah menerima lebih 300 permohonan daripada segenap lapisan pelajar (sekolah & universiti), pihak WeListenMY dengan ini berbesar hati untuk menjalankan satu lagi kempen bantuan khas buat para pelajar dalam menghadapi proses pembelajaran secara atas talian.
Kempen ini bertujuan untuk memberikan bantuan data internet sebanyak RM30/sebulan - bagi tempoh tiga bulan, kepada 300 orang pelajar, bermula Februari 2021.
Ia bagi memudahkan pelajar mengikuti sesi pembelajaran secara maya (ODL) dalam keadaan negara yang masih dibelenggu pandemik COVID19.
Kempen ini mensasarkan pelajar dari keluarga golongan B40 & M40 yang terjejas. Ia terbuka buat pelajar Malaysia di seluruh tanahair. Semoga bantuan kecil ini dapat membantu mereka untuk terus menimba ilmu.
Segala perkembangan berkaitan sumbangan boleh didapati di lama twitter kami: @welistenMY
Terima kasih.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.