En Aidil merupakan tukang pembancuh air sebelum ini di sebuah restoran di mana dia yang menanggung ibunya tetapi selepas itu dia mengambil cuti yang agak panjang untuk menjaga ibunya yang menghidap penyakit kencing manis dan terpaksa potong jari, kini ibunya menjalani rawatan dialisis yang dibayar oleh zakat.Tetapi baru baru ini, di kaki ibunya terdapat bengkak secara tiba tiba dan berwarna hitam ,apabila ibunya dikejarkan ke hospital, pembedahan dilakukan dan terdapat dua jarum jahit di tapak kakinya dan ibunya sentiasa terasa kebas apabila pijak ke lantai atau tanah. KIni segala bil2 tertunggak dan keperluan untuk cuci luka dan penjagaan ibunya tidak dapat lagi dibeli seperti biasa kerana dia sendiri tidak dapat bekerja. Demi meneruskan kehidupan, Encik Aidil terpaksa menjual barangan peribadinya untuk membayar segala bil2 dan beli barang keperluan seperti makanan dan penjagaan luka untuk ibunya termasuk pampers, susu dan segala ubat ubatan. Kerusi roda juga tak dapat dibaik dan untuk pembelian kerusi roda yang baru juga En.Aidil masih tidak mampu. Senarai keperluan : 1.Kapas 2.Pembalut Luka 3.Krim Luka 4.Air Pencuci Luka 5.Pampers 6.Susu Tulang
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.