Assalamualaikum, saya Fauziah suri rumah yang tidak bekerja kerana menjaga suami yang menghidapi kanser tahap 4. Saya tinggal bersama suami serta seorang anak lelaki berumur 15 tahun yang masih lagi bersekolah. Ketiadaan pendapatan menyukarkan kehidupan saya kerana sewa rumah sudah tertunggak selama 3 bulan, bil api dan air juga tertunggak serta saya amat memerlukan bantuan untuk membeli barangan makan terutama sekali susu buat suami saya yang mahal harganya. Saya tidak mampu untuk menampung kehidupan kerana ujian yang dialami, dan sekarang ini suami saya masih lagi menjalani rawatan di Hospital UiTM dan Hospital Tanjong Karang, setiap temujanji perlu dibayar. Saya redha dan ikhlas dengan ujian ini dan saya meminta jasa baik tuan-tuan dan puan-puan untuk membantu saya, semoga tuan-tuan dan puan-puan dimlimpahi rezeki.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.