Saya bapa tunggal berusia 53tahun, masih menyara anak berusia 17 tahun SPM 2021. Saya dengan rendah diri ingin mohon bantuan untuk deposit rumah sewa. Saya bekerja sebagai Pengawal Keselamatan tapi sejak PKP gaji saya dipotong (RM600) sebulan. Saya tidak mampu membayar rumah sewa hampir 8 bulan. Tuan rumah sewa minta saya dan anak keluar dari rumah sebelum 10/9. Anak saya juga perlukan gadget untuk sesi pembelajarannya. Anak saya yang bakal menduduki SPM pada tahun ni yang merupakan seorang pelajar pintar dan harapan saya. Anak saya mengambil upah mengasuh kanak kanak berusia 2 tahun dan 9 bulan sambil PdPR untuk mengumpul wang membeli gadget tapi akhirnya duit itu digunakan untuk membeli barang dapur. Ini adalah butiran bayaran deposit untuk sewa rumah saya:
Security depo 3 months rm1800(refund)
Advance rental 1mon rm600
Utilities 1month rm300(refund)
Consultation fee rm500
Agreement fee rm300
Total deposit rm3500
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.