Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya ingin memohon bantuan sumbangan bagi membaik pulih rumah pusaka Mak mertua saya.Beliau tinggal bersama 2 orang cucu perempuan di kampung dan rumah yang didiami mereka kini tidak lagi selamat untuk diduduki dan mendatangkan ketidakselesaan buat mereka.
Rumah itu perlu dibaiki kerana usianya telah melebihi dari setengah abad.Binaan rumah itu banyak menggunakan kayu dan serangga perosak telah menyebabkan tiang rumah itu mereput. Di bahagian atas rumah sudah lama tidak digunakan dan ianya tidak lagi selamat kerana kayu-kayu di atas juga sudah mereput dan boleh membuatkan bahagian itu roboh pada bila-bila masa sahaja.
Bumbung rumah banyak yang sudah bocor dan keadaan akan menjadi bertambah buruk jika hujan turun lebat dengan lamanya. Ia akan menyebabkan banyak air didalam rumah hingga berlakunya banjir dan barang-barang di dalam rumah akan rosak dan basah.
Lantai di ruang tamu rumah itu ada keretakan dan pecah kerana timbulnya akar pokok yang menjalar dan besar dibawah simen lantai itu. Disebabkan itu, kaki Mak mertua saya pernah sakit dan luka kerana terpijak simen yang pecah itu dan ini mendatangkan kerisauan pada saya kerana Mak mertua saya mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.
Kami tidak mempunyai wang untuk membaik pulih rumah tersebut.Anggaran kos yang di minta oleh pihak kontraktor ialah RM 30000 ke RM 35000 dan kami tidak mampu untuk menyediakan wang tersebut kerana kami tidak bekerja dan hanya bergantung harap pada suami saya yang mempunyai pendapatan yang tidak menentu kerana pandemik yang melanda negara kita ini malahan pendapatan suami saya juga tidak mencukupi menampung perbelanjaan harian kami semua.
Saya ingin meminta bantuan sumbangan dari kalian untuk membaik pulih rumah tersebut supaya ianya selamat dan selesa bagi mereka. Harap kalian dapat membantu mereka agar mereka mendapat kediaman yang selamat dan selesa. Terima kasih atas jasa dan sumbangan kalian. Semoga kita semua akan sentiasa berada di bawah LindunganNYA.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.