Bantu Kos Implan Saraf Sendi Anak


Bantu Kos Implan Saraf Sendi Anak


MarhaenMY - SITI ASMAHUL HUSNAH BINTI MAAROF
MERSING, Johor
Published: Sep 06, 2021
85.5%
RM 11,970.00 RM 14,000.00


203.0
Baki Lot Diperlukan
1,197.0
Lot Telah Terbeli
502
Penyumbang
1,804
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
1400 Lot Ditawarkan

Mohon bantuan hamba2 Allah di sini jika ada yang sudi bantu saya untuk menanggung kos implan saraf sendi anak pertama saya yang berusia 8 tahun sebanyak RM10,000. Anak saya sakit sejak 2018. Asal anak saya sakit daripada demam panas lepastu lumpuh sebelah kaki dia. Lepas tu dia kena operate emergency dan doktor kata Rheumatoid Arthritis. Dia sakit dekat saraf sendi lutut. Kos yang ini ialah untuk ganti implan yang 2018 tu sebab doktor kata kena tukar saiz yg lebih besar. Kos implan ni memang tak dapat pengurangan daripada hospital sebab implan tu hospital order dari pembekal dan hospital memang tak menyediakan implan tu jadi kos memang pesakit kena tanggung sendiri. Saya hilang pendapatan kerana menjaga isteri yang juga sedang sakit dan seorang bayi. Buat masa ni saya tak berkerja cuma baru usahakan tanam sawi, itu pun kalau dah jadi nanti boleh dapat hasil sikit. Saya tidak dapat menampung kos implan tersebut kerana diluar kemampuan saya selain bebanan beberapa kos keperluan harian. Kami hanya bergantung dengan bantuan jkm sebanyak RM350 sebulan namun masih tidak mencukupi dalam menampung perbelanjaan seharian. Anak saya dapat rawatan dari pakar ortopedik dari HKL. Jadi saya ulang alik dari Johor ke HKL setiap minggu sebab anak saya kena buat fisio. Kadang2 saya dan anak kena tidur hotel bila sebab trip bus pun sekali sehari. Keutamaan banyak ke anak-anak dan keperluan harian, sementara isteri sakit memang saya tak dapat bekerja dan anak-anak masih kecil tak boleh tinggal. Saya harap ada kesudian dari pihak tuan/puan untuk membantu saya , semoga Allah bukakan jalan rezeki yang luas atas jasa baik tuan/puan. Terima kasih dari pihak saya sekeluarga bagi tuan/puan yang membantu kami.

 

Update 2 / 09 / 2021

Nanti 7hb saya dapat keputusan daripada pakar. Yang anak autism mungkin perlu operate saraf bahagian kaki kanan dan itu pun kena tunggu jawapan doktor pakar Johor Bahru. Saya maklum kalau dah dapat surat doktor. Dana saya guna sepenuhnya untuk keperluan rawatan isteri dan anak. Ada sebahagian yang saya guna untuk jelaskan bil api air, barang makan dalam rumah dan keperluan anak-anak.


Update 14 / 09 / 2021

Anak saya kena fisio seminggu sekali sampai tarikh dia kena operate 2 minggu lagi. Sepanjang rawatan memang free tapi kos perjalanan sahaja sebab saya dari Johor. Anak buat rawatan pakar dan fisio dekat HKL. HSI Johor Bahru - pakar paeds, speech therapy dengan OCT therapy. Saya naik bus dan sampai TBS saya ambik grab sama juga ke HSI Johor Bahru saya naik bus kemudian grab. Sebelum pandemik tu tak besar sangat kos. Waktu pandemik ni besar sikit sebab kena bermalam satu hari satu trip sahaja sebab sebelum ni banyak bus sekarang satu bus sahaja yang jalan. Tu yang agak susah sikit, tak susah mana cuma terbeban kat masa. Kadang kat hospital nak kena tunggu giliran cepat atau lambat, nak kejar masa bas tu susah sikit.

 

Update 24 / 09 / 2021

Semalam saya dah bayar deposit untuk implan anak saya Furqan. Harap sempat lah kumpul dana sebelum 28hb. Furqan esok admit ward. Furqan mungkin admit lama tapi doktor kata tengok keadaan juga, 26hb supplier datang ukur komponen implan lepas tu 28hb memang jangka tarikh dia operate. Saya sertakan resit dana yang saya guna untuk beli susu Furqan. Dia admit wad mungkin lama tapi doktor kata tengok keadaan jugak. Kiranya esok dia akan admit (25 / 09 / 21). 26hb supplier datang ukur komponen implan. Lepastu 28hb memang jangka tarikh Furqan operate. Itu pun bergantung keadaan Furqan masa tu boleh atau tak boleh untuk teruskan operate. Lepas je operation, Furqan kena on antibiotik dalam 6 minggu. 2 minggu untuk iv antibiotik, 4 minggu untuk oralise antibiotik. Yang  iv antibiotik 2 minggu tu memang kena duduk kat ward sampai last iv 12 / 10 sekiranya operate 28 / 9. Yang oralise antibiotik tu boleh teruskan kat rumah dan mungkin discharge 13 atau 14/10 macam tu lah. Kalau saya tak cukup dana mungkin tarikh kena extend. 25 / 09 / 21 : Furqan dalam bilik kawalan, saya susah sikit nak pegang phone sebab dalam tu tak boleh guna phone.

 

Update 27 / 09 / 2021

Saya dah bincang dengan doktor pukul 11 pagi tadi. Pembekal minta sekurang-kurangnya separuh daripada kos keseluruhan untuk dapatkan implan. Saya dah maklumkan kepada doktor yang dana saya belum cukup lagi dan minta pertimbangan untuk bayar sikit dahulu.

 

Update 11 / 10 / 2021

Anak saya continue oksigen dekat rumah. Oksigen ni saya kena sewa dan sebulan kena bayar RM500. Pasang implan ditunda pada 20 / 10 lepas Maulidur Rasul.

 

Update 20 / 10 / 2021

Furqan dah ada infection dan kena segerakanb implan. Doktor nak tunggu Furqan punya keadaan stabil sebab dia ada gangguan pernafasan yang berlanjutan sejak akhir ni serentak dengan demam panas. Doktor kata tak boleh proceed dengan operate emergency.
 

Update 21 / 01 / 2022

Pembedahan ketiga dah dibuat masa petang 7 /12 / 21 , sampai ke harini belum ade respon yabg baik dari Furqan. Bahagian lutut kanan perlu pembedahan semula, bahagian komponen yang terpasang dah start bernanah. Kuman dah pun merebak sampai ke kaki sebelah kiri bahagian tulang peha Furqan jadi rapuh 60%. Risiko besar yang paling ketara, Furqan boleh lumpuh seumur hidup. Pakar kata tak ada pilihan lain selain pembedahan semula untuk buang nanah pada lutut kanan. Lepastu on 2 minggu antibiotik, bahagian antibiotik ni dah pun selesai Furqan ambil, sekarang on pada ubat sahaja sementara, nak tunggu pembedahan ACL untuk sambungan implan pada lutut sebelah kiri. Ni pembedahan terakhir yang doktor boleh cadangkan untuk Furqan. Ni je pilihan terbaik setakat ni untuk Furqan.

Read More



Updates




13/09/2021 :

1. Dana disalurkan berjumlah RM1105.00
(dana selepas ditolak transaction fees + marketing RM200)

 

20/09/2021 :

1. Dana disalurkan berjumlah RM1825.00
(dana selepas ditolak transaction fees + marketing RM200)

 

24/09/21 Updated daripada Encik Firdaus:

1. Dana digunakan untuk beli susu Furqan
2. Bayar deposit implan Furqan sebanyak RM3000 (RM1105.00+RM1825.00)

 

30/09/21 Updated daripada Encik Firdaus:

Dana berjumlah RM1720 dibayar kepada hospital 
(dana selepas ditolak transaction fees + marketing RM200)

 

22/10/21 :

Sebanyak RM4000 lagi dana yang diperlukan


Tarikh Disbursement:

13/09/2021 : RM1105.00

1. Jumlah dana yang terkumpul setakat ini
2. Marketing dibuat atas permintaan pemohon
(dana selepas ditolak transaction fees + marketing RM200)

 

20/09/2021 : RM1825.00

1. Jumlah dana yang terkumpul setakat ini
2. Marketing dibuat atas permintaan pemohon
(dana selepas ditolak transaction fees + marketing RM200)

 

27/09/2021 : RM1720.00

1. Jumlah dana yang terkumpul setakat ini
2. Marketing dibuat atas permohonan pemohon
(dana selepas ditolak transaction fees + marketing RM200)

 

04/10/2021 : RM900.00

1. Jumlah dana yang terkumpul setakat ini

 

11/10/2021 : RM67.50

1. Jumlah dana yang terkumpul setakat ini

 

18/10/2021 : RM1222.50

1. Jumlah dana yang terkumpul setakat ini
2. Marketing dibuat atas permintaan pemohon
(dana selepas ditolak transaction fees + marketing RM200)

 

25/10/2021 : RM60.00

1. Jumlah dana yang terkumpul setakat ini
(dana selepas ditolak transaction fees)

 

01/11/2021 : RM142.50

1. Jumlah dana yang terkumpul setakat ini
(dana selepas ditolak transaction fees)

 

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Alina  RM10.00
Top Contribution
Zaidah  RM500.00
First Contribution
ADNIN  RM20.00

203.0

Baki Lot Diperlukan

1,197.0

Lot Telah Terbeli

502

Penyumbang

1,804

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Alina  RM10.00
Top Contribution
Zaidah  RM500.00
First Contribution
ADNIN  RM20.00