Assalamuaslaikum, saya Haida seorang isteri kepada tukang kebun dan ibu kepada tiga orang anak termasuk anak yang menghidapi penyakit buah pinggang. Anak saya Mohd Addry, berusia 15 tahun disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap 5 pada 10 Disember 2020, bermula dari situ kami perlu berulang-alik dari rumah ke Hospital untuk hemodialisis anak 2 kali seminggu dengan menaiki teksi. Tambang teksi untuk sekali pergi dan balik RM240 dan sebulan kami terpaksa mengeluarkan belanja RM1920 hanya untuk tambang teksi sahaja tidak termasuk kos-kos rawatan lain. Suami saya pula hanyalah tukang kebun yang tidak tetap, sekiranya ada kerja adalah sekiranya tiada, tiadalah. Dengan pekerjaan suami yang tidak tetap, kami tidak mempunyai sumber kewangan lain untuk menampung pembiayaan kehidupan serta rawatan anak yang sakit. Anak yang sakit ini memerlukan bilik atau ruang khas untuk CAPD bagi mencuci buah pinggangnya.Kaedah CAPD memerlukan penjagaan rapi atau ruangan khas dan tidak boleh ada habuk-habuk kerana bimbang akan jangkitan kuman. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami sekeluarga, dan terima kasih kepada yang sudi membantu.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.