Projek Amal by AZ Runner adalah satu usaha komuniti tempatan di sekitar Selangor yang membantu asnaf, anak yatim, anak tahfiz, gelandangan, mangsa banjir dan mereka yang terkesan dengan wabak COVID19 ini. Mereka giat menjalankan aktiviti membantu mereka yang memerlukan, sedekah setiap Jumaat ke masjid sering dijalankan bagi pihak penyumbang. Projek Amal by Az Runner dijalankan oleh pasangan suami isteri Encik Azizol dan Puan Atikah dan ramai sukarelawan di bawah usaha ini. Mengimbau balik semasa wabak yang melanda Malaysia sehingga ramai yang terjejas, terputus bekalan makanan dan sebagainya, AZ Runner adalah sebuah NGI yang aktif membeli keperluan harian daripada sumbangan orang ramai untuk disalurkan. Tujuan usaha Projek Amal oleh AZ Runner ini adalah seperti berikut
⏩ Bantuan kepada asnaf, anak yatim, anak tahfiz & gelandangan dari segi keperluan harian seperti makanan ruji
⏩ Membantu dari segi makanan asas buat mereka yang terkesan dengan banjir , Covid 19 & kehilangan pekerjaan
⏩ Sedekah Makanan Jumaat khas untuk Anak yatim, tahfiz, masjid setiap hari Jumaat