Puan Norhidayu,32 tahun adalah seorang suri rumah dan suaminya pula hanya bekerja sebagai nelayan. Mereka mempunyai 4 orang anak dimana masing-masing 14 tahun, 11 tahun, 6 tahun dan 7 bulan. Anak sulung ,Ahmad Hafizy bin Abdul rahim mereka adalah anak autism dan menghidap penyakit celebal pasly.Anak ke-3 ,Ieman fayruzz Mikhail bin Abdul Rahim mereka pula menghidap 4 penyakit kronik iaitu Jantung berlubang,Sawan,Asthma dan penyakit Paru-paru. Sungguhpun begitu, adik Mikhail memerlukan penjagaan yang sangat rapi dia memerlukan wayar nasalpron dengan suction untuk makan dam minum serta mesin oksigen untuk membantu pernafasannya. Wayar nasalpron yang digunakan Mikhail perlu ditukar setiap 6 bulan sekali dengn kos RM300. Namun disebabkan pendapatan yang tidak baik puan Hidayu dan suami tidak dapat menukar wayar tersebut. Adik Ahmad Hafizy dan Adik Mikhail juga memerlukan susu khas pediasure dan pempers. Selain daripada sumbangan kewangan untuk kos rawatan dan keperluan susu dan pempers keluarga ini juga memerlukan sumbangan dari segi makanan dan keperluan dapur disebabkan pendapatan mereka sekeluarga yang terjejas.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.