Encik Sahawi berumur 65 tahun tinggal di kampong landung ayang laut, kudat sabah kini sedang menderita sakit sejak bulan 10 tahun lepas tetapi disebabkan kesusahan hidupnya dan hanya pemegang resit ic serta juga risau kos pembedahan mahal di hospital, dia tidak mampu untuk pergi menjalani rawatan selanjutnya. Menantunya iaitu puan Janisah pernah membawanya ke klinik swasta, doctor menyuruh untuk pergi ke hospital besar untuk membuat pembedahan kemungkinan dia mengalami masalah tiroid, tetapi disebabkan masalah kewangan dia menangguh untuk ke hospital. Encik Sahawi kini masih menanggung 4 orang cucu dan 3 orang menantu yang ditinggalkan oleh suami2 mereka. Isterinya sudah meninggal. Jika diikutkan, encik Sahawi tiada tempat bergantung tetapi jika anak lelakinya iaitu suami kepada puan Janisah ada rezeki lebih mereka akan membeli belanja harian kepada mereka. Suami pn janisah hanya bekerja sebagai nelayan tetapi disebabkan pkp suaminya tidak lagi bekerja. Buat masa kini, mereka hanya mendapat bantuan bsh sahaja tiada bantuan lain. Ketiga-tiga menantunya tidak bekerja, ini kerana mereka semua takut kerana hanya pemegang resit ic sahaja. Hanya menantunya puan Janisah pemegang ic biru. Cucu-cucunya berumur dalam lingkungan 3 tahun, 5 tahun, 6 tahun dan juga 7 tahun. Puan janisah berharap orang ramai dapat membantu keluarga bapa mertuanya dari segi kewangan untuk perubatan.
Tarikh Disbursement:
13/09/2021 : RM5365.00
Jumlah dana yang terkumpul setakat ini.
(dana selepas ditolak transaction fees + marketing RM200)
20/09/2021 : RM217.50
Jumlah dana yang terkumpul setakat ini.
(dana selepas ditolak transaction fees)
27/09/2021 : RM307.50
Jumlah dana yang terkumpul setakat ini.
(dana selepas ditolak transaction fees)
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.