Bantuan Keperluan Laptop


Bantuan Keperluan Laptop


MarhaenMY - Najmal Aizzat Azmi
Puchong, Selangor
Published: Sep 17, 2021
91.71%
RM 3,210.00 RM 3,500.00


29.0
Baki Lot Diperlukan
321.0
Lot Telah Terbeli
114
Penyumbang
906
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Nama saya Najmal Aizzat. Saya mempunyai masalah kewangan untuk membeli laptop. Saya belajar kos automotive mechatronic. Saya ada allowance belajar tapi cuma 800 dan memang cukup cukup makan selepas bayar sewa bil dan beli keperluan. Keperluan asas saya selalunya dalam RM200 sebulan untuk barang kering dan barang basah sebab saya masak sendiri. Plus sekarang saya stuck sorang di rumah sewa. Sewa rumah saya sebulan RM250, dan saya menyewa dengan kawan-kawan cuma dorang sekarang semua balik kampung tapi sewa rumah dorang still sama bayar. Saya tak bekerja part time sebab saya takde transport sebelum covid ni pergi class pun skali dengan housemate tumpang dorang. Dah setahun saya belajar dan buat assignments guna phone. Mak saya tak bekerja sebab dah 67 tahun ni. Mak kadang2 kalau ada duit lebih dia masukkan RM50. Mak sebelum ni dia pernah kerja ambik upah jahit and tukang masak restoran. Last mak kerja sampai saya SPM sebab start 2018 mak tinggal dengan kakak dekat Penang. Siblings pun tak mampu nak tolong. Masing masing kesempitan wang nak sara hidup masing masing and nak mintak tolong siblings pun rasa mcm susah. Saya makan ke tak makan ke dekat sini pun dorang tak pernah tanya. Mak saya tak kerja dan sekarang mak duduk di rumah kakak. Ayah saya meninggal dunia 2014.

Saya ada dua kakak dan satu abang. Kakak sulung yang jaga mak sekarang. Kakak yg kedua tu still tak kawin and yang tu pun kadang2 masalah sebab dia pun selalu mintak duit dekat saya. Abang saya dah kawen and sekarang duduk dgn family dia di kedah. Semua bekerja. Kakak yg kedua tu je saya tak tahu sekarang kerja apa sebab dia selalu tukar kerja. Kakak yg sulung tu mcm tak boleh nak bantu saya sebab expenses dekat rumah dia yang banyak keluar duit untuk sewa dengan bil utility. Husband dia tak membantu dia sangat and jarang keluar duit. Saya pun memang jarang balik rumah dia sebab husband dia tak suka saya. Abang saya memang buat hal dia je sebab dia pun ada family dia sendiri. and jarang ambik tahu pasal siblings yg lain. Dulu kitorang ada rumah sendiri di kedah tapi selepas ayah saya meninggal dunia, adik beradik ayah saya halau saya dgn mak dari situ. So thats why mak sekarang tumpang rumah kakak. Dorang semua dah 30 lebih dah umur. Yang sulung dah 41. Saya je yg still belajar sebab saya anak angkat jadi umur jauh beza. Sebelum ni saya pernah viral sebab saya cari mak kandung saya, 2 bulan je saya dapat contact dengan mak kandung saya sebelum dia hilangkan diri balik tak reply whatsapp saya.

Read More



Updates




Tarikh Disbursement:

20/09/2021 : RM1907.50

(dana selepas ditolak transaction fees + marketing RM200)

 

27/09/2021 : RM112.50

(dana selepas ditolak transaction fees)

 

04/10/2021 : RM187.50

(dana selepas ditolak transaction fees)

 

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Aisyah  RM10.00
Top Contribution
Siti  RM250.00
First Contribution
Cekyan  RM20.00

29.0

Baki Lot Diperlukan

321.0

Lot Telah Terbeli

114

Penyumbang

906

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Aisyah  RM10.00
Top Contribution
Siti  RM250.00
First Contribution
Cekyan  RM20.00

Kempen Lain