Assalamualaikum, maaf pada awalnya saya nak mintak bantuan laptop sebab laptop saya tu tak cukup RAM, saya student graphic nak guna sofware adobe illustrator dengan photoshop. Dua2 ni kena guna RAM banyak kadang terpaksa deleted sofware lain baru boleh guna untuk edit bukan tak boleh buka sofware tu tapi tools kat dalam tu takleh guna sebab ram tak cukup. Hmmm ada solution lain ke selain beli laptop? Macam beli RAM ke apa ke kan. Saya kadang malu nak meminta ni tapi tiba2 telephone saya rosak chat saya dengan admin hilang. Bila saya fikir saya nak utamakan telephone saya. Sebab tu saya nak meminta bantuan telephone dan maaf menyusahkan tapi saya terpaksa untuk memohon kerana telephone saya rosak saya risau sebab tak lama lagi saya akan memulakan kelas online pada bulan hadapan 11/10, telephone saya tu saya dah lama pakai mungkin sebab dia selalu jatuh tu yang dia langsung tak hidup dan kalini jatuh, semalam masa tengah main phone jatuh langsung tak hidup ada keluar screen putih dah tak nampak apa tak boleh guna dah, saya nak sangat dapat bantuan ni sebab saya nak dekat kelas saya tak kisah phone apa yang nak dibeli janji boleh guna time online gmeet terutamanya, duit yang ada tak berapa nak cukup. Saya ada 3 beradik dan saya anak last. Ayah saya dah tak bekerja lagi sebab da lama diberhentikan kerja, dulu ayah saya kerja sebagai pengawal keselamatan dekat Bagan Tengkorak dan mak saya cuma suri rumah. Kami cuma dapat duit dari zakat sebanyak RM400 sebulan. Abang dan kakak saya bekerja tapi gaji dorang pun tak seberapa dan dorang duduk dekat Shah Alam. Dorang ada bantu mak ayah saya bagi duit sikit2 tiap bulan dalam RM50 ke RM100. Saya ada mintak abang dan kakak saya belikan laptop dan kata hujung bulan mungkin boleh belikan sebab tu saya fikir saya nak utamakan bantuan telephone. Abang dengan kakak pun ada masalah kekangan kewangan dorang jugak sebab dorang duduk bandar dan semua kena tanggung sendiri. Sem lepas saya banyak guna duit nak beli drawing tablet, yoken market set dan semuanya habis dalam RM500, beli barang2 seni semua mahal2 tambah kertas lagi. Saya duduk kolej sebab saya pelajar tajaan zakat jadi bayaran untuk kolej tu zakat yang tanggung. Dan saya nak ucapkan terima kasih kalau ada yang sudi membantu dan semoga dimurahkan rezeki.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.