Laluan OKU yang sedia ada dibina oleh penduduk sendiri dan ia amat bahaya disebabkan dibina dari simen dan tidak sekata. Ramai penguna kerusi roda yang tergelincir dan hampir jatuh mengunakan laluan itu. Ini amat bahaya digunakan. Amat sedih melihat adakala penguna kerusi roda terpaksa tunggu dibawah sehingga orang datang menolong menolaknya keatas kerana tiada handrail dan cerunannya amat tinggi dan tidak stabil. Kami bersama NGO OKU di PPR Desa Rejang ingin membina ramp besi dan handrail bagi laluan OKU. Setiap Hand Rail dianggarkan RM3000 dan RM 2000 untuk membaiki tandas menjadi mesra OKU. Kami telah mendapat kebenaran daripada persatuan penduduk disana untuk membina laluan ramp ini. Ini akan membantu pengerakkan OKU di sana dan ini akan menjadi projek pilot untuk kami dan akan membina di PPR lain selepas ini.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.