Puan Nur Diyana, 32 tahun adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai 3 orang anak masing-masing berumur 7 tahun, 3 tahun dan setahun. Meskipun begitu, disebabkan kesempitan hidup untuk menyediakan keperluan pendidikan, Puan Diyana terpaksa merelakan anak sulungnya tinggal bersama adik Puan Diyana dan hampir setahun Puan Diyana tidak berjumpa dengan anaknya sulungnya itu dan hanya melalui panggilan video. Selain itu, Puan Diyana juga tidak bekerja dan mengharapkan belas ihsan daripada kawan rapat dan masyarakat sekeliling untuk membantunya. Puan Diyana juga menghidap penyakit hyperthyroidism dan memerlukan pembedahan tetapi puan Diyana menolak kerana memikirkan anak lelakinya dua orang yang masih memerlukan penjagaan. Rumah sewa yang mereka duduki sekarang sudah 3 bulan tertunggak dimana setiap bulan perlu dibayar RM450. Puan Diyana amat memerlukan bantuan untuk menanggung keperluan susu dan pempers buat anaknya dan membayar tunggakan rumah sewa yang mereka duduki.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.