Bantuan Keperluan Rawatan Ibu & Keluarga


Bantuan Keperluan Rawatan Ibu & Keluarga


MarhaenMY - Nur suhada bt ibrahim
Ajil, Terengganu
Published: Sep 21, 2021
100%
RM 3,500.00 RM 3,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
350.0
Lot Telah Terbeli
182
Penyumbang
1,504
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Saya sangat memerlukan bantuan kewangan, saya ada anak 4 orang. Berusia 12 tahun, 9 tahun, 5 tahun, 3 tahun. Saya duduk rumah mak dan ayah saya dan kami ada 8 orang dalam rumah. Seorang anak saya ada penyakit asma, suami saya pulak OKU. Ubat untuk anak, saya beli dekat farmasi sementara saya pergi ke temu janji anak saya tu. Ayah saya pulak tak bekerja. Bil api dan air rm150 sebulan. Kos kenderaan pergi hospital RM100. Kami dapat bantuan JKM sebulan RM450, dan suami saya kerja ladang cuma gaji RM500. Dia kerja tak menentu sebab kerja kampung macam angkat buah kelapa sawit, potong rumput, bersih kebun. Itu pun dia tak boleh kerja berat. Keperluan asas kami sebulan dalam RM400. Mak saya berusia 61 tahun dan dia pula ada sakit buah pinggang tahap 4. Setiap seminggu sekali dia akan cuci air dekat Hospital Kuala Terengganu.

Sini saya listkan keperluan untuk mak saya:

Pempers - sebungkus RM20
Susu omega - RM49
Ubat gaut - RM35
Jarum kencing manis - sekotok RM49
Vitamin untuk kulit - RM30
Krim kulit - RM95
Kurma - RM20
Tisu basah - RM7
Tisu kering - RM6
Bedak kulit-RM5

 

Update 26 / 02 / 2022

Sekarang hari-hari kena ulang alik pergi hospital sebab mak ada jangkitan kuman. Pampers mak memang perlu setiap bulan. Suami memang kerja kampung kadang-kadang kerja kadang-kadang tak. Dan saya masih perlukan kewangan untuk beli ubat mak. Suami nak cari kerja pun susah, sebab tu kewangan kami susah sikit.

 

Update 03 / 03 / 2022

Saya pernah dapat bantuan barang dapur daripada penghulu kampung semasa saya dan keluarga kena kuarantin. Sekarang saya perlukan barang dapur, pampers dewasa dan juga bantuan kewangan untuk membeli keperluan untuk mak saya. Kewangan kami masih tak cukup sebab tiap2 bulan perlukan kewangan untuk membeli keperluan dialisis. 

 

Update 25 / 03 / 2022

Gambar mak saya kena operate potong ibu jari kaki mak. Kaki dia kena kencing manis. Mak ulang alik pergi hospital untuk dialisis darah 3 kali seminggu. Surat yang mak saya kena dialisis 3 kali seminggu sampai lah 17/4.

 

Update 22 / 06 / 2022

Saya harap ada bantuan masuk untuk mak saya. Mak saya sekarang ada dekat kecemasan hospital sebab HB low dan tak ada garam dalam badan. 17/7 kena buat CT SCAN untuk penbedahan kaki sebab jadi semakin teruk. Kemungkinan kena potong dekat peha. Dia dekat hospital da 3 hari.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Muhaimi  RM20.00
Top Contribution
RM200.00
First Contribution
Haz  RM50.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

350.0

Lot Telah Terbeli

182

Penyumbang

1,504

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Muhaimi  RM20.00
Top Contribution
RM200.00
First Contribution
Haz  RM50.00