Assalamuailaikum. Nama saya Afnee dan saya seorang suri rumah. Saya nak mohon bantuan sebab saya nak tolong kurangkan beban suami saya masa PKP. Suami saya seorang pemandu lori, dan gaji dia dapat pun akan ikut trip, maksudnya kalau ada barang adalah gaji, tapi semenjak PKP suami dah jarang bekerja. Sebulan dalam 5, 6 hari je bekerja. Jadi pendapatan suami memang tak banyak bila tak banyak trip dia kena buat. Suami saya juga ada penyakit jantung dan setiap 4 bulan dia akan berjumpa pakar jantung. Kami ada 3 orang anak dan yang sulung berumur 14 tahun, 4 tahun dan 1 tahun 4 bulan. Kami ada tunggakan yang nak kena bayar macam rumah sewa, yuran anak yang belajar kat pondok tahfiz, bayar bill2 dan beli keperluan barang dapur. Anak saya belajar dekat Pusat Pengajian Ribat AL ASYRAF. Untuk yuran anak yang sulung kami kena bayar ialah RM200. Rumah sewa kami pula RM400 sebulan. Sewa rumah kami dah tertunggak lama tapi saya dah bayar RM400 masa dapat duit bantuan dari kerajaan yang RM500. Untuk anak yang kecik saya nak kena beli susu & pampers anak dan keperluan asas kami dalam RM200 sebulan..Saya harap ada pihak yang baik hati tolong kami untuk keperluan anak2 saya sahaja yang penting buat masa sekarang.
Kehidupan saya sekeluarga sudah stabil, cuma mak saya yang masih sakit. Mak saya masih perlukan bantuan untuk beli pampers, susu dan kos ulang alik ke hospital. Mak saya nak kena potong kedua-dua kaki dia sebab kencing manis. Sekarang mak saya ada dalam wad sebab positif covid.
Mak saya dah meninggal semalam. Terima kasih kepada team marhaenmy.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.