Saya anak sulong sulaiman chin nak mohon bantuan untuk rumah kami . Rumah arwah moyang beri kepada cucunya iaitu mak saya . Mak saya beri kepada adk lelaki saya . Mak dan ayah saya sudah bercerai . Sekarang ayah menjaga 6 orang adik saya di Damansara . Rumah telah di plaster dengan duit bantuan dari ngo anda . Rumah juga telah siap pasang tingkap , pintu dan tukar zink . Kami perlukan duit untuk membuat lantai dan membeli tilam peralatan rumah . Upah membuat lantai rm2400 , rumah 40x32xrm2 sekaki , harga telah diberi diskaun oleh tukang . Pembelian barang pulak hanya perlukan semin , 1 lori pasir . Jika ada lebihan boleh buat siling upahnya rm1020 , rm17 satu siling . Dan barang yang diperlukan ialah siling dan kayu siling sahaja . Manakala jika ada kesempatan ingin memohon bantuan untuk beli tilam . Tilam dirumah hanya ada 1 sahaja yang boleh digunakan . Manakala mesim basuh tiada dan peti sejuk tidak dpt guna kerana rosak . Kalau dapat beli cermin tingkap juga boleh . Ayah saya sudah tua , dia hanya fikir kalau dia mati dimana adik2 saya mahu tinggal . Kerana ibu saya sudah berkahwin lain dan mempunyai anak lain jugak . Agak susah untuk adik2 tinggal bersama nya . Ayah saya juga hanya membawa grab kerana tidak ada tempat yang mahu menerima dia bekerja lagi di usia begini . Adik saya akan periksa tahun hadapan spm , pt3 dan upsr .
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.