Saya dan suami belum ada pekerjaan dan dah apply banyak tempat cuma tak dapat panggilan lagi. Saya baru berpindah dari Sabah ke KL selepas saya berkahwin dan kami ada anak berumur 5 bulan. Buat masa sekarang kami tinggal di rumah keluarga suami. Itu pun mak suami suruh split bayar bill dan sementara ni memang saya dan suami tak dapat bayar. Tapi mak suami balik2 suruh bayar kalau da ada duit, saya pun segan jugak. In laws saya pun hanya bergantung dengan duit pencen dan mereka banyak lagi hutang lain. Kewangan kami kadang2 tak cukup nak beli makanan dan sukar sangat untuk beli susu dan pampers, anak saya juga ada ketumbuhan dekat ketiak dia (lymphnode), saya takde surat refer untuk anak sebab baru je kena diagnose early this month cuma doctor suruh monitor sahaja. Orang selalu ingat ruam tapi dia bukan ruam dia tubuh tu pasal dia ambil BCG kata doktor dan kalau tak surut lagi kena operate. Dan pada 2017 saya start sakit, saya pula ada penyakit mental bipolar dan tiap kali nak dapatkan ubat hanya dapat beli di klinik swasta sebab kerajaan tak ada ubat yang saya consume. Kalau ada pun ubat lain. Setiap sebulan sekali saya akan berjumpa doktor di HKL. Saya dah merata cari dekat farmasi ubat yang saya makan ni dan saya kalau stop makan ubat ni akan ada episode hypomania dan boleh bekesan dengan anak dan suami. Saya berharap siapa siapa dapat bantu kami sebab saya ingat kalau dapat bantuan saya pun nak buat online bisnes untuk tolong keluarga kecil saya sendiri dan tak bergantung dekat In-laws.
Saya masih memerlukan bantuan. Anak saya sekarang da umur setahun 3 bulan. Sekarang anak saya minum susu mamil dan makanan kat rumah pun terhad. Tapi minggu depan saya dah kerja dekat one utama, kedai lock door knobs dekat yale. Saya masih tinggal lagi dengan mertua. Suami saya pulak tak kerja dan saya ada problem dengan suami dan saya dah tak nak ambil tahu. Susu untuk anak pun dah habis dan saya cuma guna susu junjung untuk dia. Last saya beli ubat saya dekat Big Pharmacy guna duit dana yang saya dapat. Harga ni pun dalam RM900++, boleh call pharmacy tanya.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.