Assalamualaikum, saya dah diberhentikan kerja sejak 2 bulan lepas kontrak saya habis. Sekarang ni saya cari ikhtiar ikut orang kerja mengecat. Saya dapat gaji hari, sehari saya dapat RM40. Itu pun lepas untuk makan harian saya je. Saya dan keluarga duduk rumah sewa, rumah sewa sebulan pun RM350 dan itu pun saya ada tunggakan selama 2 bulan tapi saya bayar sikit2. Alhamdulilah tuan rumah memang datang rumah untuk mintak sewa tapi dia faham keadaan kami sekeluarga, bila saya bayar rumah sewa sikit2. Bil api air pun saya bayar sikit dalam RM40. Isteri saya tak bekerja dan saya saya ada anak umur 1 tahun. Saya pun jaga nenek saya yang dah berumur 60 tahun. Saya jaga nenek sebab anak2 dia yang lain duduk jauh dan saya memang dari sebelum kahwin dah duduk dengan nenek. Saya ada 3 orang adik beradik. Sorang umur 19 tahun dan dua orang tu kembar umur 17 tahun. Adik2 duduk dengan mak sedare kat Rompin dan saya takde mak ayah dah. Untuk adik beradik saya, saya bagi duit belanja dekat dorang RM300 sebulan. Semenjak saya da takde gaji tetap saya tak dapat nak bagi duit dekat dorang, adik saya yang 19 tahun dah kerja dan dia ada tolong mak sedare bantu beli barang keperluan dapur. Pastu kalau ada duit lebih saya bagi untuk adik2 saya. Saya memerlukan bantuan makanan susu dan pampers untuk anak saya dalam sebulan RM250 sebulan, barangan dapur sebulan RM500 dan sewa rumah RM350. Semoga ada rezeki kami. Semoga pertolongan dari anda semua dapat meringankan beban kami. Aamiinn
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.