Saya mencari pendapatan dengan membuat kerja di rumah iaitu mengambil upah untuk memesin atau blend bawang bawang. Baru baru ni, blender saya rosak dan saya memang tak mampu untuk beli sebab itu je punca pendapatan saya. Suami saya terpaksa cuti tanpa gaji dari bulan 4, last2 bos suruh dia cari kerja lain. Saya dari awal PKP ada usahakan cari kerja, tapi sampai sekarang saya tak dapat sebarang kerja, jadi itu yg saya ambil upah untuk blend bawang. Kalau sebelum ini, hidup kami agak stabil sebab dua dua bekerja , tapi sekarang dah semakin tersepit sebab saya dan suami pun buat ape je kerja yg part time bukan kerja yang tetap. Baru 2 minggu yang lepas suami saya dapat kerja sebagai pemandu lori tanah tapi disebabkan tidak bekerja terlalu lama, jadi tanggungan sekarang macam cukup cukup makan je sebab saya ada anak semua kecik kecik lagi, umur 7 tahun, 4 tahun, 3 tahun dan setahun. Sekarang memang kami sekeluarga cukup cukup makan sahaja. Kalau boleh saya nak mintak bantuan untuk blender saya sahaja sebab itu je punca pendapatan saya sekarang ni yang boleh tolong suami dapatkan pendapatan sikit sikit. Sekarang pun masih ambik upah mesin rempah rempah tapi saya terpaksa pinjam blender kakak saya . Ibu dan ayah saya pun uzur, ayah saya tak dapat nak bergerak macam biasa selepas dia ada eksiden, ibu saya ada sakit lutut dan adik saya pula merupakan insan istimewa (OKU). Rumah diorg berdekatan dan saya hari hari jenguk diorg. Kadang2 saya ada juga bantu diorg sikit sikit itupun tak banyak sangat. Untuk anak saya, abang saya ada bagi telefon YES untuk sesi PDPR, senang sikit. Kelengkapan anak anak masih mencukupi. Baru baru ni pula, suami saya baru je sihat daripada gaut.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.