Bantuan Pembelanjaan Harian


Bantuan Pembelanjaan Harian


MarhaenMY - Nor elianie
Ajil, Terengganu
Published: Oct 04, 2021
84%
RM 1,260.00 RM 1,500.00


24.0
Baki Lot Diperlukan
126.0
Lot Telah Terbeli
56
Penyumbang
993
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
150 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum, saya memerlukan bantuan barang dapur dan pampers. Saya seorang suri rumah dan saya tak bekerja manakala suami saya tak berkerja lagi sebab dekat tempat suami kerja ada rakan sekerja dia positif jadi suami saya tak dapat nak bekerja. Suami saya bekerja sebagai driver lori hantu. Suami saya bawak lori hantu kat tapak projek. Kami duduk rumah sewa dan sewa sebulan sebanyak RM150. Tanggungan dalam rumah 5 orang, anak 3 orang dan yang sulung 7 tahun, 5 tahun dan yang last umur 2 tahun. Anak yang last tu masih menyusu badan lagi. Utiliti kami semua termasuk rumah sewa, api dan air dalam RM250 sebulan. Keperluan asas kami pulak dalam sebulan sekali dengan pampers anak dalam RM300 sebulan. Saya memang berharap dengan suami 100%. Dan anak saya yang sulung ada sakit barah gusi dari awal tahun dan baru2 ni kena buang semua gigi. Saya sendiri tak tahu anak saya ada sakit barah gusi sebab saya hantar anak saya pergi klinik untuk check sebab gusi bengkak dan klinik bagi surat kena pergi hospital. Anak saya dah dua kali operate, kali kedua 28/09/2021 anak saya operate. Untuk bill saya kena bayar bil hospital dalam RM28 je rasanya sebab duduk semalam je.

Saya ulang alik ke hospital saya pinjam kereta abang ipar je, dan kos ulang alik sekali jumpa pakar dalam RM50. Saya berharap sangat ada orang yang membantu kami. Disebabkan suami tak dapat kerja bawa lori, suami saya cari kerja lain iaitu kerja kilang papan dan suami telah pun diberhentikan kerja sebab kilang papan nak mengurangkan pekerja. Ramai dah diberhentikan dan sekarang suami tengah mencari kerja lain. Bila suami tak dapat cari kerja lagi, saya cakap dengan suami yang saya nak kerja dan sekarang saya kerja tukang sapu di sekolah ganti kawan cuti. Dapatlah saya RM50 kalau saya ganti orang. Saya memerlukan bantuan untuk anak2 saya, dan kami tak ada dapat mana2 bantuan.

 

Update 15 / 07 / 2022

Saya masih lagi memerlukan bantuan macam pampers dan barang dapur. Pampers anak saiz L umur 2 tahun setengah. Suami sekarang kerja kampung sahaja, dan kalau ada kerja adalah. Suami kerja angkat buah sawit dan gaji tak menentu. Suami saya kerja  gaji dapat RM30 / RM50 sehari. Itu pun boleh lah buat makan anak-anak. Saya pulak dah tak kerja tukang sapu dekat sekolah dah.

Read More



Updates




Update 26 / 05 / 23

Saya masih perlukan bantuan lagi dari segi barang keperluan dan barang persekolahan anak2. RM120 untuk setiap seorang dan anak yang sekolah 2 orang. Suami masih lagi buat kerja yang sama. Saya dah mohon JKM tapi tak dapat sebab dia cakap suami saya muda lagi dan saya pun muda lagi.

Read More



Recent Contribution
Asnani  RM10.00
Top Contribution
Maz  RM80.00
First Contribution
Aini  RM10.00

24.0

Baki Lot Diperlukan

126.0

Lot Telah Terbeli

56

Penyumbang

993

Pengunjung
Recent Contribution
Asnani  RM10.00
Top Contribution
Maz  RM80.00
First Contribution
Aini  RM10.00