Assalamualaikum. Saya sudah 11 bulan terlantar di atas tilam dan tak dapat keluar bekerja kerana saya telah accident motor yang agak teruk pada 30 / 9 / 2020 yang menyebabkan saya patah tulang belakang, tulang bahu belakang dan patah dekat tulang pelvis ketika menjadi runner. Saya terbabas masuk ke dalam gaung. Kini saya tidak dapat bekerja dan buang air besar dan kecil juga dan hanya menggunakan pampers. Saya perlukan bantuan seperti pampers, tisu basah dan setiap minggu juga saya kena beli ubat tahan sakit sebab ubat yang hospital bagi hanya cukup bertahan 1/2 minggu sahaja. Kaki saya pula masih belum sembuh lagi. Saya mempunyai 4 orang anak. Anak pertama saya merupakan seorang yang OKU autism berumur 10 tahun dan berpendidikan di sekolah khas (lelaki) di Sekolah Pendidikan Khas Sk Kolombong Inanam Sabah, anak yang ke-2 umur 7 tahun (perempuan), anak ke-3 umur 4 tahun (lelaki), dan anak ke-4 pula berusia 2 tahun (perempuan). Setakat ini yang mencari pendapatan untuk keluarga saya hanyalah suami saya yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah tokong cina. Untuk anak saya yang OKU tu tidak dapat bantuan bulanan tapi setahun dua kali dapat bantuan dari sekolah Pendidikan khas dia. Sekarang saya duduk di rumah sewa dan akibat daripada PKP yang berlanjutan, tunggakan rumah sewa saya dah hampir tiga bulan yang berjumlah RM1350. Tetapi saya dahulukan untuk keperluan saya dan anak saya yang OKU itu, kerana tuan rumah tidak mendesak saya untuk bayar dengan segera.
Saya masih lagi terbaring di katil dan kaki saya memang masih patah. Dan saya masih bertongkat lagi. Saya masih lagi buat checkup 4 bulan sekali. Saya masih juga pakai pampers tapi cuma waktu malam sahaja. Keperluan asas kami kadang kadang tak cukup sebab saya perlu guna duit untuk pergi Physiotherapy setiap bulan. Disebabkan saya tak boleh bergerak sangat, suami saya selalu masak untuk kami. Kadang mak saya datang rumah juga untuk jaga anak saya kalau saya pergi ke hospital. Dulu masa saya masih bekerja saya jadi runner sendirian. Kalau ada customer adalah upah yang saya dapat. Dia macam ambil upah sahaja runner tu. Masa saya kerja ni upah dalam RM15 sahaja. Suami saya masih lagi kerja sebagai pengawal keselamatan dan gaji bersih suami RM1000. Suami saya juga yang akan hantar saya ke hospital naik grab. Setakat ni saya belum lagi mohon bantuan Zakat atau JKM. Keperluan asas kalau macam pampers sekarang ni sebulan dalam 4 pek saya pakai.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.