Kempen #SungaiKita


Kempen #SungaiKita


MarhaenMY
Seri Kembangan, Selangor
Published: Oct 05, 2021
5%
RM 400.00 RM 8,000.00


760.0
Baki Lot Diperlukan
40.0
Lot Telah Terbeli
24
Penyumbang
734
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
800 Lot Ditawarkan

Sungai kita dalam bahaya! Baru baru ni, team Marhaenmy ada pergi ke salah satu sungai di area Selangor. Keadaan di persekitaran sungai tu sangatlah mengecewakan dan juga membimbangkan. Antara isu yang kami dapati adalah seperti berikut:

1. Pembuangan sampah di merata tempat. Kami dapati banyak sampah yang dibiarkan dimerata tempat. Ada juga yang membuang sampah di tempat tempat yang tak sepatutnya sehingga menjadikan tempat pembiakan nyamuk/lalat. 

2. Ketiadaan management contractor pembersihan yang datang membersihkan sungai-sungai ini. Seperti yang kami faham, bukan semua sungai ada management yang menguruskan perihal kutipan sampah. Oleh itu, ia menjadi tanggungjawab kepada pengunjung untuk sentiasa mengekalkan kebersihan alam semesta.  Namun begitu, tidak dinafikan ada beberapa sungai yang mempunyai management contractor pembersihan tapi bukan la setiap hari mereka datang membersihkan persekitaran sungai. Satu hari sahaja dah berapa ramai pengunjung yang datang dan berapa ramai pulak yang meninggalkan sampah sampah mereka begitu sahaja.

3. Pembiakan sampah yang membawa kepada pelbagai jenis penyakit kepada pengunjung lain. Baru baru ni kita dikejutkan dengan kemunculan kes kencing tikus di salah satu tempat rekreasi sungai. Kes kencing tikus ni bukanlah satu isu yang baru di kalangan kita. Kencing tikus ini berpunca daripada longgokan sampah yang dibiarkan. 

Kami merancang untuk menggunakan dana ini untuk membersihkan sungai sungai di sekitar Selangor. Dengan dana ini, kami boleh dapatkan volunteer lebih ramai untuk sama sama membantu kami dalam inisiatif membersihkan sungai sungai di sekitar Selangor. Dana juga dapat digunakan untuk membeli kelengkapan untuk kempen ini contohnya plastic sampah, glove dan face mask.

Kami berharap agar kempen ini berjaya mendapat tumpuan ramai orang untuk sama sama membantu kami dalam membersihkan sungai bagi keselesaan pengunjung pengunjung yang lain. 

 

Read More


Recent Contribution
Nurul  RM10.00
Top Contribution
Siti  RM100.00
First Contribution
NURRUL  RM10.00

760.0

Baki Lot Diperlukan

40.0

Lot Telah Terbeli

24

Penyumbang

734

Pengunjung
Recent Contribution
Nurul  RM10.00
Top Contribution
Siti  RM100.00
First Contribution
NURRUL  RM10.00