Menjual Susu Kambing Demi Menampung Keluarga


Menjual Susu Kambing Demi Menampung Keluarga


MarhaenMY - Nur Izzati Nadiah Bt Abd Mutalib
Hulu Langat, Selangor
Published: Oct 07, 2021
49.8%
RM 2,490.00 RM 5,000.00


251.0
Baki Lot Diperlukan
249.0
Lot Telah Terbeli
132
Penyumbang
1,153
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum nama saya Zetty, dana saya nak mohon bantuan ni sebab saya nak berniaga tiada modal. Buat masa sekarang saya berniaga dari rumah je. Saya berniaga dapat hasil jualan pun tak tentu sebab saya tak boleh nak buat banyak banyak sebab takde freezer. Saya nak minta bantuan nak beli freezer dan mixer supaya saya boleh buat banyak dan mampu untuk hantar ke kedai2 sebab saya pun berniaga dirumah sambil jaga baby saya baru berusia 6 bulan. Jualan saya dirumah agak limited sebab saya buat secara online. Saya nak buka dalam food panda, shopee food dan halo delivery. Tapi saya takde modal untuk saya tambahkan bahan2. Sekarang ni saya buat setakat rolling modal je. 

Saya ada 4 orang anak dan anak2 saya 3 orang tinggal dekat Kelantan. Anak2 saya berumur 8 tahun, 7 tahun, 6 tahun dan 6 bulan. Anak saya yang kedua tu kanak2 istimewa. Buat masa ni saya menyusu badan untuk baby saya 6 bulan dan stok untuk pampers masih ada lagi.Makan pun saya masak bubur sendiri. Buat masa ni keperluan baby masih cukup cumanya untuk anak dikampung je tak cukup. Anak2 saya dekat kampung sebab dorang balik kampung masa tu lepas tu PKP kan straight. Saya pon tak boleh nak amik dan saya sendiri takde duit nak gi amik dorang. Setahun lebih dah saya tak jumpa dorang. Kebetulan saya sarat ngandung.

Kes makin tinggi masa tu saya pulak masa tengah  mengandung, mak cakap bagi dia jaga dulu sebab saya tak larat. Berpantang pon sorang2 suami jaga dengan pkp tak abis2 dan saya ni ingat dah boleh rentas negeri. Bila settle vaksin second dose saya nak amik la tapi diberikan ujian family positif covid jadi apa yang sy boleh buat hanya menunggu dorang habis kuarantin. Dan abah saya masuk wad ICU sekarang. Sekarang ni saya kena bantu family saya dari segi ubat dan makanan sebab saya kat KL pun duduk rumah sewa.

Rumah sewa saya sebulan dalam RM750. Sewa rumah yang tertunggak dah 2 bulan. Tuan rumah bagi masa sampai 15hb ni. Pendapatan suami saya sebagai rider tak menentu dah sekarang. Kadang RM1500 kadang bawah RM1000. Silap sikit ngan panda kena suspen 3 hari. Sekarang ni motor rosak tak boleh nak buat keje.Motor tu dia da guna selama 2 tahun dan sekarang ni terlampau banyak hutang sejak pandemic. Saya perlukan bantuan untuk tampung perbelanjaan ubat Abah dikampung dekat Kelantan. Saya pulak tinggal dekat KL. Lagi pula semalam Abah disahkan covid.Dia berumur 61 tahun, saya kena beli ubat abah memandangkan abah sekarang dah tidak bekerja dan tidak mendapat sebarang bantuan. Sekarang jari kaki Abah nak kena potong kerana kencing manis.

Abah sakit dah 4 tahun dan saya nak meniaga pun untuk tampung keluarga saya. Saya nak besarkan perniagaan saya nak beli peralatan meniaga. Berharap sangat dapat bantuan. Bill utiliti yang tertunggak sedikit hanya bill elektrik dan saya harap dapat bantuan agar saya dapat bantu keluarga saya. Sini saya listkan keperluan yang saya perlukan sekarang:

  • Sewa RM750
  • Bill utiliti RM300
  • Keperluan baby RM150
  • Keperluan anak dikampung RM600
  • Keperluan Makanan di sini RM500

 

Update 26/10/2021

Pihak MarhaenMY mendapat perkhabaran yang ayah Izzati telah meninggal dunia. Dengan dana dari marhaenmy ni alhamdulillah saya dapat bayar sewa rumah sebulan dan sy bagi duit kat adik untuk beli makanan untuk anak2 dikampung cuma tak dapat nak beli barang niaga je lagi. Dana lepas tu saya guna untuk beli keperluan dapur dirumah. Harap ada dana minggu depan untuk saya beli freezer, mixer dan bayar lebihan sewa rumah dan juga repair motor husband. Daripada dana ni saya dapat ringankan sedikit beban yang kami kena tanggung. Sekarang ni saya bergantung pada duit donut je buat masa ni sebab motor suami dah jem. Suami pun pinjam sekejap motor sepupu yang da lama tak guna. Lagi pula motor sepupu tak ada roadtax. Selama saya dapat dana daripada marhaenmy, saya settlekan hal sewa rumah dan bagi duit kat anak dikampung. Buat masa sekarang sewa je saya boleh bayar sebulan. Bisnes donut saya tu boleh buat belanja harian je, itu pun bukan hari2 order masuk. Saya pun boleh nak buat banyak2 sebab freezer tak ada, saya amik order setiap hari itu pun kalau ada order la. Lepas ayah saya meninggal saya tak dapat nak berniaga dah sebab saya kat kampung lagi tengah cari duit nak balik KL.

 

Update 23/05/2022 - 21 / 06 / 2022

Sekarang ni saya dan suami balik kampung dan masa balik kampung kami pinjam duit dengan orang untuk pulang ke kampung. Saya sekarang dah berpindah ke rumah mak saya dah 4 bulan. Tapi bila dah duduk ramai2 ni jadi masalah macam2 dengan adik beradik. Saya terpaksa berpindah tapi disebabkan suami baru dapat kerja tetap di kelantan ni. Kami tak dapat nak kumpulkan modal untuk berpindah. Tambahan saya ada bela banyak kucing dalam 20 ekor jadi saya kena juga berpindah untuk penempatan kucing2. Sebab dirumah mak jadi masalah sebab mereka tak suka kucing. Saya nak adopt tapi tak ada orang nak sebab bukan kucing berbaka hanya kucing kampung yang saya rawat mereka. Mereka ada yang sakit. Bila adik-adik yang tak kahwin lagi jadi susah sebab ada suami saya sebab tu saya tengah cari deposit sewa rumah cari rumah luar.

Suami sekarang kerja sebagai welder buat welding. Dalam rumah mak sekarang tinggal mak, mak cik, 2 orang adik yang tak nikah lagi tambah saya, suami dan 4 orang anak saya lagi. Jadi rumah mak sekarang memang penuh. Permulaan gaji tempat suami bekerja RM1200, baru kerja semasa bulan puasa. Bila saya duduk dengan mak saya yang kena bayar sewa dan bill api semua. Mak cik tinggal dengan mak sebab memang dah lama dia duduk dengan abah, abah jaga dan dia kakak abah. Saya ni sampai tak bayar duit motor dah 3 bulan.. saya pindah balik kampung pun sebab kena halau dengan tuan rumah sebab tak mampu nak bayar sewa.. Sekarang saya pindah rumah lain sebab ada masalah dengan adik beradik.

 

Update 15 / 09 / 2022

Keadaan saya bertambah teruk sejak pindah kelantan dan susah nak dapat kerja. Suami buat foodpanda pun tak berapa ada order. Foodpanda kat sini sangat susah dapat order sebab sebulan boleh dapat tak sampai RM500. Suami ada apply macam-macam kerja tapi tak dapat-dapat. Suami saya cuma kelulusan SPM sahaja. Dia dah hantar resume tapi susah sebab ada yang nak orang tempatan dna suami bukan orang kelantan (Perlis). Sebelum PKP memang suami kerja food panda dan lalamove di Kuala Lumpur. Sekarang ni ingat balik kampung ada kerja tapi susah dapat kerja kat sini. Sebelum PKP boleh dapat RM3000 senang2 dan masa PKP agak teruk. Sebab tu pindah kelantan cuma sekarang ni rupanya kerja kat sini pun payah. Motor kami dah tak bayar 3 bulan. Rumah sewa pulak tak bayar lagi bulan ni. Nak meniaga pun tak ada modal sangat. Saya ada apply zakat pun tak dapat lagi. Saya dah tak tinggal dekat rumah keluarga saya, tapi saya pindah area pasir mas juga. Sekarang ni yang tinggal 3 orang iaitu saya, suami dan baby (1 tahun 6 bulan). Anak yang 3 orang lagi mak ambil sebab kami tak mampu. Rumah sewa baru ni RM500 sebulan.

Sekarang ni saya susah nak berniaga secara online sebab telefon saya rosak. Nak berniaga tepi jalan saya tiada modal. Hari ni suami cuti baru saya boleh guna telefon sebab kami berkongsi telefon. Saya dah tak jual donut dah sebab sini tak boleh jual mahal dan tak ada untung sangat. Jadi sekarang saya jual susu kambing. Keuntungan RM1 sebotol. Jualan online tak menentu kadang2. Suami saya buat foodpanda selepas tempat kerja lama terpaksa berhentikan suami sebab nak kurangkan staff dan job company tak banyak. Keperluan asas kami tak mencukupi kalau ikutkan dan saya dah banyak sangat berhutang sampaikan orang tak mampu nak tolong lagi. Susu kambing saya jual online, dan bukan hari2 ada sales. Saya ada juga hantar COD dengan suami. Saya promote kat group2 FB sahaja dalam kawasan Kota Bharu dan Pasir Mas. Caj COD sini RM5 ke RM10. Saya jual RM3.50 sebotol 180ml. Saya ambik dari susu kambing kawan saya dan susu kambing fresh. Paling jauh saya pernah hantar ke Bachok tu RM20. Kalau ada order baru saya pergi ambik susu kat kawan. Memang tak ada simpan stock sebab susu kambing tak boleh simpan lama. Kira kalau sebotol dia ambik RM2.50 dan saya jual RM3.50. Kalau COD jauh boleh la untung sikit dan takpela walau jauh pun. Kalau ada yang nak bagi barang untuk saya berniaga pun. Alhamdulillah sebab saya nak masak2 kat rumah. Saya tak ada peti ais dan tong gas pun tak ada.

Read More



Updates




Tarikh Disbursement:

11/10/2021 : RM1075.00
1. First saya bayar sewa rumah dan bagi duit kat kampung.

 

18/10/2021 : RM172.50
1. Saya beli keperluan dapur.

 

25/10/2021 :
1. Mendapat khabar bahawa ayah Puan Izzati telah meninggal dunia

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
ANNESA  RM10.00
Top Contribution
Mariam  RM100.00
First Contribution
Badrul  RM20.00

251.0

Baki Lot Diperlukan

249.0

Lot Telah Terbeli

132

Penyumbang

1,153

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
ANNESA  RM10.00
Top Contribution
Mariam  RM100.00
First Contribution
Badrul  RM20.00