Saya Wan Nurhayaty merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai dua orang anak yang berumur 3 tahun dan 6 tahun. Pada 6/9 suami saya baru sahaja eksiden ketika dalam perjalanan dia pulang daripada tempat kerja selepas overtime. Selepas itu, dalam perjalanan tu ada motor daripada arah yang bertentangan masuk ke simpang dan melanggar suami saya.
Kini suami saya masih di dalam hospital menunggu di hospital untuk pembedahan kaki yang seterusnya. Semasa checkup, doktor sahkan ada bahagian yg patah. Dan kaki suami bengkak. Doktor tak jamin akan surut dan berjalan seperti sedia kala. Doktor pun cadangkan untuk pembedahan. Utk masukkan skru, wayar dan besi. Hari Khamis bersamaan 23/9/2021 suami dimasukkan wad di Hospital Klang (HTAR) sehingga ke hari ni masih belum dibedah atas sebab bengkak yg tidak surut. Saya terpaksa berulang alik ke hospital untuk memberi ais kepada suami (doktor suruh untuk ikhtiar surut bengkak). Semua itu memerlukan kos. Dan saya terpaksa ulang alik setiap hari. Tujuan saya buka kempen ini adalah untuk membantu suami dengan meringankan beban suami untuk bayaran rumah sewa, bil bil, makan minum kami. Ni anak 6 tahun dah mula bersekolah.
Jadi bila suami saya terpaksa bercuti sakit dengan lama, kami sekeluarga pun hanya berharap dengan bantuan PERKESO. Itupun prosesnya terlalu lambat untuk kami menunggu.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.