Assalamuailaikum saya ingin mohon sedikit bantuan untuk saya beli keperluan anak dan buat tambang untuk saya urus masalah yang saya sedang alami. Saya telah berpisah pada 07.01.2020 dan merupakan ibu tunggal yang mempunyai 6 orang anak
Saya sewa bilik dan saya tinggal sekali dengan tuan rumah sebab tuan rumah ni ibu tunggal juga.Saya tak mampu nak sewa rumah mahal. Kadang- kadang saya hidup dengan berpindah randah. Saya ada join droship nurraysa dan mengambil upah kemas rumah orang,kalau ada orang nak kemas umah dari situ lah rezeki.
Kalau dalam sebulan tu ada pun saya akan dapat dalam RM300 . Saya cuma nak mohon bantuan susu dan bantuan kewangan untuk saya membuat tambang mencari kerja disekitar kawasan saya. Saya tidak dapat sebarang bantuan bulanan
Sewa bilik termasuk bil api, air dalam RM150 sebulan dan sejak PKP tempoh hari saya telah dibuang kerja , sejak dari tu saya susah .Kalau saya kerja saya akan bagi jiran untuk jaga anak saya dan saya akan bayar tiap bulan RM200 untuk 2 orang .Anak saya kalau saya tak ada duit nak beli susu saya terpaksa bagi minum susu tin F&N .
Tarikh Disbursement:
11/10/2021 : RM540.00
(dana selepas ditolak transaction fees)
18/10/2021 : RM210.00
(dana selepas ditolak transaction fees)
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.