Suami Diberhentikan Kerja, Pendapatan Terhenti


Suami Diberhentikan Kerja, Pendapatan Terhenti


MarhaenMY - Norhashimah binti mohd salleh
Kuantan, Pahang
Published: Oct 12, 2021
41.14%
RM 1,440.00 RM 3,500.00


206.0
Baki Lot Diperlukan
144.0
Lot Telah Terbeli
74
Penyumbang
2,259
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum,

Suami saya dihentikan kerja. Dulu suami kerja pasang paip cable dan dah sebulan lebih tak kerja, saya ada anak 3 orang anak yang berumur 11 tahun, 7 tahun,yang kecik sekali 1 tahun 6 bulan. Yang kecik sekali masih menyusu dan pakai pampers. Sekarang memang takde pendapatan. Suami saya dah pergi temu duga hari tu tapi tak dapat panggilan lagi. Dulu saya duduk kat Selangor tapi sejak suami diberhentikan kerja kami semua balik kampung. Sekarang saya duduk kat Kuantan, Pahang.

 

Dulu gaji suami RM1600 sebulan dan suami saya memang ada penyakit gout. Dia da sakit 2 3 tahun dah. Ubat gout suami pun saya beli ubat kat farmasi yang 3 serangkai untuk gout tu je. Dia memang tak pernah buat rawatan kat hospital pun sebelum ni sebab suami saya ni memang jenis susah nak pergi hospital. Dia pergi berubat kampung je. Kaki die takde lah tahap teruk sangat, tapi selalu bengkak kat sendi dan susah nk jalan. Ubat suami ni pun murah je dalam RM20 macam tu. Saya balik kampung saya sewa rumah, deposit tak bayar habis lagi tapi tuan rumah bagi duduk dulu. Dan tuan rumah memang datang rumah kalau nak mintak bayar sewa.

 

Sebab kalau saya nak tumpang rumah mak dah ramai duduk dengan abang saya dan kakak saya. Dekat rumah sewa saya ni ade suami, saya dan anak2 3 org. Sebulan rumah sewa saya RM380. Tunggakan deposit ada lagi dalam RM800 pastu sewa untuk awal bulan depan RM380. Bil air dalam RM15 ringgit, bil api RM40. Buat masa sekarang saya pinjam dengan mak dengan adik beradik.

 

 

Update 24 / 06 / 2022

Sekarang ni suami saya sakit gout balik, tak boleh nak kerja dalam 2 minggu ni. Kalau boleh saya nak lepaskan beli susu dengan pampers anak pun takpe. Kami sekarang da duduk dekat rumah mak sekarang ni. Rumah mak dekat Sri Damai, Kuantan. Kami dah tak mampu nak sewa rumah sebab tak mampu nak bayar. Sebelum yang suami tak dapat kerja, suami memang kadang kerja kadang tak sebab selalu sakit kaki. Saya da suruh suami pergi hospital, memang susah lah nak pujuk dia. Banyak kali dah ajak tak nak pergi. Keperluan asas bila duduk dengan mak kalau ikutkan memang tak cukup. Kalau suami ada kerja ada lah duit. Kalau tak kerja tak ada lah duit. Kadang2 saya kerja jugak. Ganti2 orang buat kerja cleaner. Biasa dapat lah RM50 sehari. Boleh lepas untuk beli makan kami. Anak pakai pampers saiz XL dan susu fernleaf madu 123.

Read More



Updates




Update 16 / 03 / 23

Sekarang saya duduk dekat rumah mak. Sekarang ni saya yang bekerja dan suami tak bekerja. Suami masih lagi tak boleh bekerja hari-hari disebabkan sakit dia. Suami gaji hari, kalau kerja ada la duit gaji. Kalau kaki dia sakit dia tak dapat nak kerja. Saya kerja sebagai cleaner. Saya kerja hari2 dan gaji saya RM1500 tolak pinjam RM300, socso dapat lah RM1100 lebih bulan2. Saya tak mohon bantuan sebab takut tak dapat disebabkan suami saya tak ada surat jumpa doktor dan tak nak jumpa doktor. Memang selalu suami sakit akan beli ubat dekat farmasi sahaja. Dari segi kewangan sekarang ni cukup-cukup sahaja nak beli barang lain memang tak mampu. Kami tak ada tunggakan apa2 cuma motor sahaja dan bayar bil bulan2. Setakat ni tak ada terputus bekalan makanan. Keperluan anak2 saya beli guna dapat bantuan kerajaan cuma tinggal nak bayar buku dan yuran sekolah.

Read More



Recent Contribution
Zul  RM10.00
Top Contribution
RM100.00
First Contribution
Aini  RM10.00

206.0

Baki Lot Diperlukan

144.0

Lot Telah Terbeli

74

Penyumbang

2,259

Pengunjung
Recent Contribution
Zul  RM10.00
Top Contribution
RM100.00
First Contribution
Aini  RM10.00