Assalamualaikum. Saya pemohon bernama Wan Azreena Razleen Bt Wan Rawi ingin memohon bantuan. Masalah saya sekarang kewangan sebab kereta rosak sebelum di kuarantin kan. Sekarang suami nak kerja tak boleh, rumah sewa pun dah tertunggak 2 bulan dan sekarang saya buntu sangat nak makan lagi anak2 lagi. Saya pun dalam pantang dalam 17 hari baru. Anak2 saya ada 4 org berumur 8 tahun, 6 tahun, 5 tahun dan baby. Sebelum ni suami kerja buat rumah. Lepas tu suami diberhenti kan sebab bos nak suami lengkap dose vaksin. Pastu kebetulan kami sekeluarga dikuarantinkan. Saya pulak di operate bersalin di Hospital HTAA Kuantan, Pahang. Selepas tu saya terus di kuarantin kan dalam pantang dekat kolej jururawat selama 14 hari dan sekarang sudah pun berada di rumah. Gaji suami RM50 sehari tapi kerja buat rumah kadang bukan selalu jadi mcm tu la gaji dia dapat. Dia bekerja ikut orang.
Keperluan asas kami dalam RM350 dan rumah sewa bulan2 RM320. Untuk bil api je setakat ni kami bayar sebab air guna air tangki dan tuan rumah caj RM20. Saya memerlukan kewangan untuk kemudahan suami saya untuk membaiki kereta yang rosak. Itu sahaja kenderaan yang ade untuk mencari rezeki selepas cukup dose vaksin nanti. Buat masa sekarang suami tak dapat bekerja langsung. Family pun susah jugak kalau nak mintak tolong, makan sikit2 tu boleh la tolong. Setakat ni keperluan baby sekadar dari saya bersalin haritu sahaja, sekarang ni dah nak habis. Barang baby ada kawan sedekah masa datang tengok baby dan susu pun dapat jimat sikit sebab bagi juga dengan susu badan. Kereta yang rosak haritu saya da baiki tapi sebab kereta da lama kereta rosak balik jadi saya tak nak baiki da. Kalau saya boleh saya nak meniaga sebab saya nak kerja pun tak boleh sebab tak ada siapa boleh jaga anak. Bulan 12 haritu rumah kami ditimpa banjir teruk. Suami pulak tak dapat nak bekerja sangat. Gaji yang dia dapat pun dalam RM50 RM60 sehari. Saya berharap sangat kalau boleh tolong saya sekeluarga.
Saya dah bayar tunggakan bil kereta yang hantar workshop dan tunggakan sewa rumah, bil api dan air belum lagi.
Suami saya da kerja tapi masih tak sempat nak simpan duit untuk sewa tunggakan 3 bulan sebab tuan rumah mintak tunggakan sekali gus. Makan kami lagi, anak-anak lagi dan ada baby kecil lagi. Kalau dulu dapat juga menyimpan untuk sebulan punya sewa, bila PKP kewangan kami sekeluarga jadi sempit. Tuan rumah selalu mintak sewa direct datang rumah terus.
Saya ada mohon gerobok rezeki dia marhaenmy juga dan syukur sangat sebab rumah kami kena banjir dan tak ada makanan langsung dekat rumah untuk makan. Kami pulak masa banjir kena duduk PPS dekat seminggu juga. Nak kerja tak boleh lagi. Masa kejadian nasib baik tergerak hati nak keluar daripada rumah sebab tengok air da start naik dan malam tu banjir terus naik atas rumah. Kalau ikutkan tuan rumah, rumah situ tak pernah air masuk pun, kira banjir tahun ni banjir besar. Sebelum ni pun kalau banjir masuk sampai dapur sahaja. Atas rumah tak pernah lagi. Dan saya nak berterima kasih kepada pihak marhaenmy sebab saya dapat bantuan dana banjir kilat.
Lepas banjir suami dah start bekerja cuma kalau hujan suami tak dapat pergi bekerja. Gaji suami dalam RM50 / RM60 sehari, ikut orang buat rumah. Kereta kami pulak dah baiki rosak balik sebab kereta lama kan. Jadi saya memang tak nak baiki dah sebab nak baiki perlukan duit lagi. Saya pulak nak cari income sendiri dengan nak berniaga sendiri sebab masa kerja sendiri senang nak uruskan anak-anak kalau tak nanti siapa nak jaga anak-anak kan sebab suami kerja cukup-cukup makan sahaja. Dana sebelum ni saya guna untuk bayar duit sewa RM320.
Saya sekarang pun baru sahaja start kerja sebulan. Saya start bulan Ogos. Suami masih lagi kerja ikut orang buat rumah tapi kerja dia kejap ada kejap tak ada macam tu la. Anak2 pun tak sempat nak hantar sekolah. Ikutkan tahun ni 3 orang anak saya kena hantar sekolah. Sebab nak hantar anak2 tak ada bajet dan masalah tak daftar sekolah langsung. Anak saya yang sulung dah sekolah masa darjah 1. Lepas tu sejak PKP yang jadi teruk. Bila saya dapat kerja sebab saya nak tunggu anak saya besar sikit. Saya kerja jaga mak cik saya yang sakit sebab tak ada orang nak jaga dia. Kira gaji yang ditawarkan tu tak setimpal dengan kerja dan masa macam tu jadi cousin saya decide gajikan saya jaga mak cik saya iaitu mak dia. Jadi saya fikir alang-alang saya nak cari kerja tu saya terima tawaran dia. Dia bayar RM1200. Jarak saya nak ke rumah cousin tu dalam 10 ke 13 minit dan saya naik motor. Saya jaga mak saudara saya dari pukul 10 pagi sampai 8 malam. Saya tak dapat nak bawa anak2 sekali pergi rumah mak cik saudara sebab dia pun sakit dan memang kena jaga rumah. Kalau ada budak2 nanti faham2 lah kan. Sebab tu saya bayar mak saya jaga anak saya RM200.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.