Muhammad Firdaus bin Muhamad Azam yang berumur 33 tahun memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan perubatan bagi penyakit Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir yang beliau hidapi. Beliau kini tidak bekerja dan ditanggung sepenuhnya oleh ibunya Pn.Maidzon sejak setahun lalu kerana penyakit tersebut.
Untuk maklumat, ibunya Pn Maidzon juga tidak bekerja atas sebab pelbagai masalah kesihatan manakala ayah tirinya cuma bekerja sebagai buruh kasar. Muhammad Firdaus bin Muhamad Azam perlu membuat dialisis buah pinggang 12 kali dalam sebulan yang memerlukan anggaran kos RM2k sehingga RM3k sebulan. Muhammad Firdaus juga turut menghidap pelbagai jenis penyakit seperti kanser tulang,darah tinggi, kencing manis dan jantung. Pn.Maidzon ada membuat permohonan daro Zakat Baitumal tetapi masih dalam proses. Muhammad Firdaus buat rawatan dia dekat pusat dialisis harmoni cheras.
Dan buat masa ni, Muhammad Firdaus selalu pergi Hospital Ampang untuk buat mata. Mata dia kena lazer kerana matanya tak berapa jelas (maksud tak nampak dengan elok)
Sekarang saya tinggal dekat kampung dan menyewa bilik di sini. Saya tinggal seorang diri sebab mak dan ayah tiri saya tidak tinggal bersama disebabkan ayah tiri saya yang bekerja sebagai buruh binaan dan buat kerja merata tempat buat kerja tak tentu negeri. Jadinya saya mana boelh ikut sebab dialisis lagi. Saya ada dapat Zakat untuk bayarkan dialisis saya.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.