Assalamualaikum
Saya Intan dari Jaya Gading Kuantan,Pahang. Saya nak mohon bantuan ni sebab suami saya hilang pendapatan untuk keluarga, dulu suami kerja meniaga ikan di pasar pagi dan disebabkan masa pkp majikan suami terpaksa berhenti kan pekerja dan salah seorang ialah suami saya sejak bulan 7.
Saya ada 6 adik beradik dan saya anak sulung, adik2 saya masih sekolah lagi. Adik-adik saya berumur 17 tahun, no 3 umur 15 tahun, no 4 umur 11 tahun, no 5 umur 9 tahun dan no 6 umur 7 tahun. Mak nak tolong pun tak mampu sebab dia tak bekerja. Saya dan suami tinggal rumah sendiri tak tinggal dengan keluarga kami. Cuma ayah saya je kerja mesin rumput dekat sekolah untuk tampung adik2 saya.
Sekarang saya tengah sarat mengandung anak sulung dan akan melahirkan hujung bulan 12. Saya ingin bayar tunggakan untuk biayai bill api air dan sewa rumah yang tertunggak. Dua bulan dah saya tak bayar rumah sewa dan tuan rumah suruh saya bayar bila ada duit, dia cakap bayar sikit sikit. Rumah sewa sebulan RM300. Barang baby pun kami tak dapat nak sediakan sangat sebab keadaan pendapatan yang tak ada sangat.
Saya pulak cuma buat kuih pagi je letak dekat kedai untuk buat makan. Saya buat jualan kecil-kecil je macam kadang-kadang saya pos dekat whatsapp untuk orang order tapi jarang orang order. Sekarang suami sedang mencari pekerjaan baru. Keperluan kami pun dalam RM800 sebulan. Suami saya pulak tak boleh bekerja berat sebab dia pernah kemalangan dah lama dan kaki dia patah masa tu, jadi effect dia sampai sekarang. Jadi sebelum kahwin lagi kaki dia patah memang tak boleh buat kerja-kerja berat sebab dia pernah buat kerja berat kaki dia jadi sakit.
Suami saya dah kerja tapi kerja dia kadang-kadang, kalau ada baru dia kena panggil kerja kalau tak ada kira tak ada lah. Saya pulak dah bersalin dan sekarang anak saya dah 3 bulan dah lebih. Suami tolong angkat barang-barang orang pindah. Gaji dia pulak gaji hari. Sekali angkat dapatlah dalam RM40/RM50 macam tu. Tapi bukan hari-hari, dalam seminggu tu pun sekali dua kali je dia kerja. Raya pun kami raya sederhana sebab tak ada pendapatan sangat. Kuih muih yang saya buat sebelum ni saya da tak buat sebab anak masih kecil jadi susah, jadi saya hanya mengharapkan suami yang bekerja sahaja.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.