Assalamualaikum
Minta maaf sebab saya terpaksa dan terdesak buat cara ini untuk mohon bantu masalah saya. Saya mempunyai masalah kewangaan untuk membeli laptop serta barang kelengkapan belajar iaitu printer. Saya pelajar jurusan perniagaan dan berada di semester 3. Ibu bapa saya telah bercerai dan saya duduk dengan ibu saya. Tetapi ibu saya telah ditamatkan kontrak berkerja sebegai cleaner di salah satu sekolah di cheras.
Sebelum ini saya meminjam laptop jiran saya untuk menghadiri kelas dan membuat assignment tetapi disebabkan dia akan masuk semula ke asrama saya tidak dapat meminjam laptop beliau. Saya juga telah cuba untuk memohon bantuan dari pihak baitumal tetapi tidak layak kerana saya pernah memohon ketika masuk belajar. Saya cuba untuk membeli laptop secara hutang / monthly payment tetapi tidak layak kerana gaji pokok ibu saya yang rendah.
Saya ada memohon kerja sambilan di kawasan perumahan saya tetapi tiada pekerjaan secara sambilan kerana kawasan perumahan saya agak jauh dari pusat bandar. Kawasan perumahan saya ada rumah panjang. Satu satunya rumah panjang yang masih ada di kuala lumpur. abang dan kakak saya tidak dapat membantu sangat sebab mereka juga terkesan dengan pendemik ini. mereka telah berkeluarga dan ada tanggungan sendiri. Even abang saya baru sahaja diberhentikan kerja.
21/10/21 Updated daripada Team MarhaenMY:
Untuk adik Naz kita, ada insan / penderma yang baik belikan dia laptop dan dia sarankan adik Naz duit kempen dijadikan untuk perbelanjaan family beli barang dapur dan sebagainya.
Tarikh Disbursement:
25/10/2021 : RM805.00
(dana selepas ditolak transaction fees + marketing RM200)
01/11/2021 : RM30.00
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.