Assalamualaikum.
Nama saya Einatul dan saya memerlukan sedikit perbelanjaan harian. Saya tidak dapat bekerja buat masa sekarang kerana baru beberapa hari selesai menjalani pembedahan kandungan di luar rahim. Pada 6 / 10 / 2021 saya telah jalani operation kandungan luar rahim, & tube fallopio sebelah kanan telah dibuang kerana telah pecah dan mengalami pendarahan yang banyak. Sekarang saya masih dalam tempoh berpantang. Saya sudah berkahwin, mempunyai anak seorang berumur 1 tahun 6 bulan. Saya bekerja sebagai pengasuh di rumah, menjaga seorang sahaja baby. Tapi semenjak operate ni saya terpaksa stop jaga budak kerana ingin berehat secukupnya untuk pulihkan luka semula sebelum mencari pekerjaan lain. Sekarang harapkan suami je. Suami saya kerja sendiri macam buat wiring. Kalau ada job ada la sambil tu nak cari kerja lain jugak yang tetap. Kalau boleh saya perlukan bantuan kewangan untuk beli ubat-ubat saya dan barang keperluan lain.
Salam. Saya masih perlukan bantuan sekaramg dari segi kewangan kami belum stabil. Saya nak update keadaan terkini selepas operate tahun lepas, dari segi kesihatan tu semakin beransur pulih, cuma kadang² ada jugak rasa sakit dekat bahagian operate. Dan saya juga masih lagi mencari anak asuhan untuk mengasuh kerana sebelum ni saya mengasuh tapi terpaksa berhenti buat sementara waktu atas faktor kesihatan. Saya charge harga mengasuh bergantung pada umur kanak2 tersebut. Suami saya masih lagi bekerja tapi gaji selalu banyak dipotong untuk bayar sewa rumah dan keperluan lain. Gaji suami bulan ni langsung tak dapat duit belanja. Suami dapat gaji RM700 sahaja selepas dipotong advance RM800. Terpaksa buat advance bulan lepas sebab kami pindah rumah untuk bayar deposit sikit² dan ni pun masih berbaki RM600.
(25/12/2022) Salam. Saya cuma nak update, sekarang ni saya terputus sumber kewangan selepas suami jatuh motor, tak boleh nak kerja jadi sepenuhnya saya kena tanggung sementara suami masuk kerja semula. Boleh tak saya nak mohon bantuan? Sewa rumah untuk bulan ni (Disember 2022) saya tak tahu nak settle macam mana đ. Saya sekarang kerja sebagai pengasuh. Saya jaga seorang budak sahaja dengan upah RM400. Suami saya excident 25/12/22. Kereta tu keluar simpang melulu, dan suami saya bawa motor rempuh kereta dia. Tak buat report polis pun sebab masa tu orang tu bagi RM100 untuk repair motor yang rosak. Suami saya cuma cedera ringan je masa tu, tapi makin lama kaki makin rasa sakit susah untuk jalan sebab tak nampak bengkak atau luka tapi sakit sangat. Tu suami saya kadang² terpaksa cuti sebab tak boleh nak bawa lori. Tapi kadang² terpaksa pergi kerja jugak walaupun kaki memang sakit sangat², susah nak drive. Sebab boss kata kalau cuti pun gaji tak jalan. Dia gaji setiap 5hb, so untuk bulan 12 punya gaji akan dapat khamis ni tapi tak pasti dapat berapa sebab haritu banyak tak kerja, & tolak advance RM600. Gaji bersih kalau tolak advance , epf, hari yang tak dtg tak pasti dapat berapa sebab maybe baki dalam RM100-RM200 sahaja. Masih tak cukup untuk bayar sewa rumah dan lain² đ
Sekarang saya amat2 memerlukan bantuan, sebab suami baru bertukar kerja. Gaji untuk kerja baru ni agak rendah, tiada OT dan tak cukup untuk tampung keperluan. Suami saya juga cuba untuk buat kerja lain lepas balik dari kerja pemandu van, dia akan bekerja dikedai makan. Saya pula sekarang mengasuh seorang budak sahaja, dengan bayaran RM400. Memang tak cukup untuk tampung sewa rumah, barang keperluan anak, keperluan dapur dan bil api air pun masih tertunggak. Tunggu masa nak kena potong je. Tambah sekarang anak saya kerap tak sihat, selalu demam panas, asthma dan kadang nak ulang alik pergi hospital pun tak ada duit. Kutip² duit syiling je. Sekarang suami kerja driver van, supply kuih2 frozen ke kedai². Gaji tu paling banyak RM1500 dapat. Kerja kurang dari 8 jam dan 1 tenghari macam tu balik dah. Memang tak ada OT, kalau balik lewat pun OT tak dikira pun. Gaji memang rendah. Sebelum ni kerja driver lori hantar barang2 hardware. Yang kerja ni ada OT dan gaji pun okay. Cuma untuk tanggung macam2 tu suami selalu la advance. Harap advance je. Advance untuk beli barang dapur, keperluan anak, bayar motor. Rumah sewa dah RM700 sebulan. Sebulan keperluan kami dalam RM600, barang dapur RM300, anak RM150 dan motor RM150. Tempat sekarang pun ada advance cuma nak advance tu rasa takut sebab gaji rendah sangat, takut gaji dapat negatif je đ Susu anak 2 tahun lebih punya. Pempers 2pax sebulan dan dia dah nak msuk 3 tahun ni saya tengah cuba nak stopkan susu & pempers tapi ambil masa sikit. Yang advance ni semua suami saya tanggung. Saya pulak dapat upah mengasuh RM400 bayar duit kereta ngam2 RM400, kereta 2nd ni ambil tahun lepas. Kami terpaksa ambil kereta sebab sebelum ni pergi mana2 dengan anak kecik naik motor, kena hujan panas, tak sanggup dah dalam keadaan macam tu lama2. Saya takpe, kesian dekat anak. Time bersalin czer pun balik rumah naik motor, tak tau nak minta tumpang kereta siapa, nak naik grab takde duit. Memang simpanan tak ada langsung dan kira pusing² belanja macam tu je. Dulu saya ada jugak buat dropship online nak support sikit2 tapi phone saya dah teruk sangat dah tak boleh nak simpan banyak gambar untuk promote terpaksa stop kejap. Kami ambik persona lama 2012 punya, kereta tu pun dah nampak rosak banyak dah dan jarang guna. Pergi mana2 naik motor je nak jalan jauh baru naik kereta. Kadang2 rasa menyesal ambil tapi bila fikir anak, terpaksa la đ. Saya ada cuba turun naik pejabat nak apply Zakat tapi tak lulus.
Keadaan sekarang pun macam tu je, suami bekerja, saya bekerja. Tapi ada jugak bahagian yang kami tak mampu nak selesaikan lagi. Suami kerja driver van, malam kadang buat part time kedai makan. Mampu beli keperluan dapur jugak kadang2, tapi takde la mewah. Cuma sayur, telur macam tu je. Selebihnya duit tu buat support minyak motor dan pampers anak. Dapat duit yang sebelum ni pun dari marhaen lebih kurang RM300 saya buat tambah untuk sewa rumah. Hidup sekarang ni macam tu jela, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada hari terpaksa ikat perut jugak, suami pergi kerja pun perut kosong sebab takde apa nak dijamah. Minum air kosong jer. Ibarat dapat gaji pun habis bayar sewa rumah, duit motor, kereta, barang dapur. Memang negatif terus balance. Nak bayar bil elektrik pun tak mampu lagi sekarang, kalau bayar nanti dapur tak berasap. Sekarang ni pun saya start jugak buat dropship online tapi komisen tu seringgit dua jela, kumpul2 lepas la beli sardin ke, pampers anak. Tak tau lah kedepan ni lagi samada terus macam ni atau ada harapan, kalau terus macam ni mungkin suami akan cari kerja yang gaji lebih okay. Nak demand lebih2 pun ada spm jer. Sebelum ni ada dapat contact daripada orang nak tolong suami carikan kerja okay dan suami dah bincang dengan bos dia untuk berhenti kerja tapi bos tak izinkan lagi, dia suruh habiskan sekurang-kurangnya tahun ni. Baru boleh.
Sekarang suami saya dah dapat kerja yang okay sikit daripada sebelum ni, pemandu lori jugak. Walaupun gaji bersih tak sampai RM2k tapi rasanya lebih okay berbanding kerja sebelum ni. Kalau ditolak sewa rumah, perbelanjaan dapur, keperluan anak, hutang suami dengan kawan² dan company semasa awal2 start kerja balance tu memang takde lah nak pergi jalan2 ke apa. Memang takde balance sebab suami terpaksa pinjam dengan kawan2 tempat kerja baru untuk support minyak motor, beli barang dapur dll. Saya pula sekarang sedang mengandung 6 bulan dan bakal bersalin januari 2024. Sekarang saya cuma mengasuh budak seorang sahaja, sebelum ni 2 orang. Yang sorang lagi tak boleh nak hantar kat saya dah sebab dalam hujung bulan 7, anak saya warded 5 hari. Saya terpaksa cuti dan takde sapa nak jaga anak dia. So dia terpaksa stop hantar kat saya âšī¸ inshaallah anak asuhan yang sekarang ni saya akan jaga sehingga dekat due nak bersalin. Mungkin saya akan cuti bersalin 30hari sahaja dan selepas tu mengasuh semula. Sepanjang berpantang pula saya ingat nak join dropship online untuk tampung sikit2 walau tak banyak mana. Suami perlukan sokongan kewangan bersama đ saya serba salah nak biar dia cari duit sorang2. Untuk barang2 baby pun nanti pakai semula je baju yang orang sedekah untuk anak saya yang first dulu. Cuma nak cari duit untuk beli pempers dan persediaan lain selain baju untuk anak yang bakal lahir. Mungkin orang akan fikir, dah susah kenapa tak merancang? Saya ni dah merancang, selepas operate kandungan ectopic (luar rahim) 2021 dan dah buang tiub fallopio sebelah kanan, saya dah rancang kehamilan dengan mengambil suntikan depo. Berbulan² saya cucuk sehingga bagi side effect sakit kepala teramat sangat & kerap pitam. Saya tukar dengan pil perancang. Tak lama lepas tu lekat, padahal saya ambil je hari2 pil. đĨ˛ Saya tak pernah rasa anak tu membebankan hidup kami đ cuma sekarang ni saya masih tak berkesempatan untuk menyelesaikan bil elektrik yang tertunggak sekitar RM600 dan untuk membeli keperluan dapur. Saya risau esok2 diorang datang potong terus elektrik sebab kami masih lagi dalam kesempitan dan berbaki gaji. Mohon sedikit bantuan đĨšđđģ