Saya sekarang menumpang rumah orang tua saya dekat seksyen 9 Shah Alam sebab tak boleh bayar sewa masa time menyewa. Saya ada 5 orang anak, umur anak saya berumur 13 tahun, 12 tahun, 11 tahun, 10 tahun dan 8 tahun. Saya ada mak mentua yang sakit dalam perut, buah pinggang kena jangkitan kuman. Mak mentua masuk hospital Umum Kuching. Mak mentua saya terpaksa guna pampers sekarang ni sebab dia tak larat nak bangun dan kalau nak buang air kecil pastu kena guna kerusi roda, kerusi roda pulak kena beli, ni pun berhutang sementara sebab mentua tak larat berdiri dan jalan 😭
Mak mentua saya lama dah sakit, sebab sebelum ni mentua saya 3 kali seminggu kena cuci darah. Last saya balik kampung kat KUCHING tahun 2015, mentua masa tu masuk hospital sebab kena masuk ward untuk jumpa pakar sebab apa saya dah lupa, then tahun 2019 saya ingat lagi mak mentua saya sakit dalam perut tiba2, adik ipar call bagitahu kena tahan ward doktor cek buah pinggang mak dah kena jangkitan kuman jadi kena refer dari hospital Serian ke Hospital Umum Kuching sebab hospital Kuching je ada pakar dan alat2 yang lagi bagus untuk diaorang guna cek dalam perut mak mentua. Tahun lepas sampai sekarang kena cuci darah 3 kali seminggu, dua bulan lepas kena stay ward kat hospital Umum Kuching sebab doktor pakar nak kaji cek ke apa entah saya tak ingat dah sebab saya dan husband dan anak2 tak dapat balik sana sebab tak mampu langsung kami nak beli tiket flight sebab mahal sampai seribu lebih sorang untuk pergi sahaja, husband memang sedih jangan cakap la sebab tak dapat jenguk mak dah dekat 5 tahun.
Bayangkan nak ulang alik dari hospital Serian ke Kuching 45 minit, kami kat kampung ada sebuah motor je, tu pun kadang2 mintak tolong saudara yang ada kereta tolong bawak pergi hospital. Pernah jugak berhutang bil hospital sebab betul2 tak ada duit sebab duduk kampung dan nak kerja masa tu tak boleh sebab PKP. Bapak mentua pun tak larat, harapkan kerja angkat pasir kalau ada tokey cina yang datang nak beli. Keadaan sana tak sama macam semenanjung, kerja sana gaji paling besar kalau kerja cashier baru RM600-RM700 sebulan, makan pulak sana mahal2 berbeza sangat. Bantuan BPR, yang Zakat or JKM tak dapat sebab mohon tapi takde khabar berita.
Sebab sekarang sangat memerlukan kewangan untuk kami sekeluarga sebab suami tak dapat bekerja masa PKP haritu lagi dan suami pulak kerja sendiri kadang2 ikut orang pergi mengecat rumah, pasang gril pagar, dan sekarang suami tak ada sumber pendapatan langsung dah, suami saya sekolah sampai tingkatan 2. Kampung dekat Kuching dengan mak dia tak sihat, kami pun tak boleh nak balik sana. Kerja yang suami buat mengecat, pasang wiyering, haritu kerja ikut orang macam pasang solatep kotak dan masukkan barang bantuan, dapat sekotak RM1. Dulu sehari suami dapat RM40 dan kalau beli lauk basah ayam seekor, masak je memang habis. Dah mintak macam2 kerja tapi tak ada kena panggil. Belanja makan sebulan kami sahaja dah RM500. Sebab tinggal dekat rumah keluarga saya nak tolong bayar bil saya tengok bil nak dekat RM2000 lebih. Bapak mentua pun kena operate mata buang ketarak dalam mata.
Saya nak harap mak ayah saya, ayah saya seorang sahaja nak kena tanggung kakak dan adik perempuan saya kat Perlis. Ayah saya kerja polis tapi pangkat orang bawahan sahaja. Saya menumpang pun ni dah tolong sikit2 kalau mampu, takde nak dapat tolong sangat. Tambah sekolah PDPR kadang2 anak2 saya tak boleh nak PDPR sebab telefon pun ada satu je boleh nak google meet, telefon suami tak boleh nak PDPR sebab telefon dah retak seribu, guna macam tu je boleh. Lagi pulak anak yang no 1 dan 2 ada semput. Kalau batuk je semput, habis gas semput nak kena beli, kadang2 tak dapat nak beli saya cuma sapu minyak angin je kat dada. Saya kena bagitahu anak2 saya untuk tahan je la sebab tak ada gas, dan saya sendiri pun ada semput. Kami tak ada motor dan kereta pun takde dengan suami sendiri pun tak pandai bawak kereta. Kami tak dapat mana2 bantuan cuma bantuan BPR sahaja dan bantuan keperluan asas sahaja haritu.
Kalau rumah ke Hospital Serian dalam 1KM dan kalau rumah ke hospital umum Kuching dekat 1 jam. Anggaran duit minyak tu banyak juga sebab selalu saudara yang tolong hantar dan ambil guna kereta kancil. Mak mertua saya kena masuk ward lagi dan kena tahan sebulan lebih.
Terima kasih sebab masih lagi bertanya khabar tentang mak mertua saya. Alhamdulillah buat masa sekarang mak macam biasa kena cuci darah 3 kali seminggu tapi lepas dari haritu mak tak dapat nak bangun dan bergerak sangat sebab tak larat. Kalau ke toilet kena adik ipar yang pimpin angkat mak bawa ke toilet tapi kalau nak buang air kecil mak memang kena guna pampers. Kalau mandi kena angkat bawa luar rumah sebab ada paip air untuk mandi dan senang untuk bergerak berbanding mandi dalam toilet rumah sebab tak besar sangat. Kalau setiap kali mandi mak kena duduk dekat kerusi dan tak dapat mandi sendiri.
Keadaan mak sekarang ni memerlukan sedikit bantuan kalau ada yang sudi bantu sebab mak sekarang perlu pakai pampers, tiap minggu kena beli 3 pack kemudian susu khas untuk mak sebab mak tak boleh makan sangat yang pepejal. Anak2 mak mertua tak bekerja dan mereka juga orang susah. Saya ada mohon JKM lama dah untuk mak mertua dah mohon 3 kali tapi tak ada berita.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.