Assalamualaikum.
Saya dengan rasa rendah hati ingin memohon sedikit sumbangan untuk berpindah ke KL kerana saya kerap berulang alik dari Melaka ke KL untuk rawatan kanser otak anak saya Aish Zikri di Hospital Tunku Azizah dan juga rawatan hepatitis c saya di Hospital Ampang. Selain kos rawatan bil hospital, bil2 air dan api, tambang perjalanan, susu, pampers dan juga makanan yang perlu di tanggung. Saya juga perlu menanggung 3 orang lagi anak saya.
Anak pertama saya berumur 18 tahun OKU masalah pembelajaran. Anak kedua saya berumur 11 tahun dan anak ketiga saya berumur 7 tahun yang mempunyai masalah hyper aktif yang akan ke sekolah khas pada tahun hadapan. Saya masih lagi tidak dapat bekerja kerana saya masih lagi menerima rawatan susulan di Hospital Ampang untuk saluran darah saya yang pecah sebelum ini dan cycle chemotherapy untuk kanser anak saya masih lagi berterusan setiap satu minggu sekali di Hospital Tunku Azizah.
Saya hanya menjalankan perniagaan dropship kecil2 di media sosial. Selain itu saya hanya bergantung harap duit dari zakat dan jkm. Selain itu masalah rumah tangga saya masih lagi belum selesai. Kes masih lagi di mahkamah, semenjak saya memfailkan kes saya di mahkamah saya tidak tinggal bersama dengan suami dan suami juga tidak memberikan nafkah keluarga, saya kini tinggal bersama ibu di rumahnya. Terima kasih di atas sumbangan tuan puan yang amat bermakna bagi saya.
Tambahan anak sulung saya Amy Amira terlibat dalam kemalangan 30/09/2021 baru-baru ni sewaktu dia ingin keluar membeli makan malam, waktu perjalanan balik hujan turun dgn renyai2 sewaktu di lampu isyarat dia menekan brek kerana lampu merah tapi kerana jalan licin dia melanggar kereta hadapan menyebabkn dia terjatuh dan mengalami kecederaan yg menyebabkan tulang peha nya patah, dia telah dikejarkan ke hospital dan telah membuat pembedahan masuk besi di peha nya sekarang ini dia berulang alik mencuci luka. Dia akan membuka jahitan di klinik kesihatan dan akan membuat fisiotherapy di hospital melaka.
Sekarang ni dia pakai pampers ngn minum susu untuk tulang. Susu untuk tulang tu saya beli kan anlene je yang murah. Doktor ada sarankan beli susu Nutren Optimum tapi susu tu terlalu mahal dan saya tak mampu. Untuk hantar anak saya ulang alik pergi hospital saya suruh pak sedara dia hantar.Selalu saya bayar RM150 untuk pergi balik KL sekali belanja dia makan kat highway seremban.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.