Salam
Saya dah berumur 60 tahun dan suami berumur 71 tahun, saya nk mohon bantuan untuk belanja harian sebab suami saya tak kerja, kaki dia patah haritu terjatuh balak. Suami saya sebelum ni kerja lori. Saya ada anak 7 orang. Anak no1 38 tahun, anak no2 36 tahun, anak no3 35 tahun, anak no4 29 tahun, anak no5 27 tahun, anak no6 24 tahun, dan anak no7 20 tahun.
Anak2 saya dah kawin dah semuanya dan semua duduk jauh dan kerja pun tak tetap.. Kalau ada kerja ada lah duit. Saya tinggal berdua je dengan suami dan keperluan asas kami RM500 sebulan.Anak2 semua pun susah jugak, bulan2 memang tak boleh bagi mak cik. Saya bekerja sebagai cleaner untuk tampung kehidupan saya dan suami.
Keadaan suami sekarang boleh berjalan dah dan kami berdua takde penyakit lain. Alhamdullilah. Selama ulang alik pergi hospital ni anak yang hantar guna kereta pergi Hospital Tunku Ampuan Afzan.Suami sekarang cuma makan ubat darah tinggi dengan ubat cair darah.
Macam ni lah tuan, suami pun tak bleh kerja kan. Saya dah tak kerja dah, dah berhenti. Saya tak larat dah nak kerja tangan sakit nak sapu. Lama dah saya berhenti sejak awal tahun ni. Kena buang sebab tak nak pakai org tua dah. Suami pun tak ada pergi hospital untuk checkup. Setakat ni memamg saya perlu duit untuk belanja sebab saya pun dah tak kerja lagi. Anak-anak memang tak ada bagi setakat ni sebab anak-anak pun tengah susah sekarang. Sekarang ada tungakkan bil api jelah. Bil air tak ada sebab pakai perigi. Sekarang pun bayar RM50 macam tu je sebab tertunggak dalam RM1000.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.