Salam, saya nak minta bantu belanja bulanan. Saya ada 3 orang anak dan sedang mengandung. Anak2 berumur 8 tahun, 7 tahun, 5 tahun.. jadi tanggungan kami 5 orang.. Suami seorang je bekerja sebagai security dalam masa sama dia buat sambilan pomen kereta kat rumah. Kalau ade org hantar kat dia ada la income. Kalau takde customer takde lah duit. Musim2 covid ni susah dah nak ada customer.Rumah sewa dalam RM300 sebulan dan tuh pun dah banyak tunggakan ... Saya bayar bila ada duit je. Barang dapur kalau biasa beli dalam RM200 tapi kadang2 tak sampai sebulan sebab sekali beli RM200 macam2... Sekarang pun suami dah berhenti kerja security sebab syarikat buat tapisan KDN,, suami sy ada masalah sikit nama dia... Sebelum ni suami saya pernah di penjara so ade rekod ....jadi suami saya tak boleh bekerja sebagai scurity... sebab nama suami ada di KDN.. So sekarang suami saya hanya buat kerja sambilan pomen kereta sahaja di rumah.. Kami ada tunggakan rumah sewa, bil api dan air. Sebelum ni saya pun bekerja sebagai security di Hospital Kuantan, suami sebagai security buffer sahaja, tak tetap.. Bulan lepas suami dapat RM1100 dalam 2 ribu lebih kalau sekali security.. Gaji bulan 9, bulan 10 takde sebab suami tak kerja dah.. Saya pun nak mintak kerja balik sebab suami seorang kerja memang tak cukup, barang2 baby pun kami belum beli lagi... Saya checkup bulanan dekat K.K Kurnia dan due date 17.03.2022.. Suami pernah mohon bantuan asnaf maip perlis tapi tak dapat... Keperluan asas kami macam beras, Gula, Teh/Milo, Susu pekat, Susu ibu ngandung, Garam, Minyak, Biskut, Maggi, Telor, Cili kering , Bawang putih, Bawang besar, Ikan bilis, Lauk basah takde takpe sebab rumah sy xde peti ais..
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.