Dana untuk Kos Penjagaan Adik Sharmine


Dana untuk Kos Penjagaan Adik Sharmine


MarhaenMY - Nurul Sharmine Sofea bt Fahaizal Zee
Semenyih, Selangor
Published: Oct 27, 2021
55.12%
RM 27,560.00 RM 50,000.00


2,244.0
Baki Lot Diperlukan
2,756.0
Lot Telah Terbeli
552
Penyumbang
2,009
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
5000 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum, saya Ayah kpd Nurul Sharmine. Saya memohon bantuan untuk anak saya Nurul Sharmine Sofea yang menghidap penyakit MNDs ( Motor Neurons Dysfunction) underlaying MG (Myasthenia Gravis). Nurul Sharmine Sofea telah terlantar hampir 3 tahun disebabkan sakit yang dia alamai dan sejak kebelakangan ini beliau semakin lemah. Kami sekeluarga sebagai caretaker berhati² untuk mengangkat beliau kerana dia juga mengalami osteoporosis kronik yang boleh menyebabkan tulangnya patah. Sekarang bilik yang Nurul duduk adalah bilik store yang agak kecil dan dipenuhi oleh brg² rehab seperti mesin concentractor, tangki o², suction vacum for phlegm dan pump untuk tilam angin. Kami terpaksa untuk membesarkan biliknya untuk menggunakan peralatan macam mesin hoist untuk mengangkat beliau ke bilik air atau wheelchair. Anggaran kos untuk membesarkan biliknya RM45k ke RM100k sekali kalau beli mesin hoist. Mesin hoist harganya lebih kurang rm 4500 dan saya kena beli dengan company rehab. Saya pula seorang OKU dan pesara ilat dan ibunya pula mengidap penyakit jantung. Isteri saya seorang surirumah dulunya dia berniaga baju di komplek² Kerajaan di Putrajaya. Anak-anak yang lain masih belajar dan anak sulung saya berumur 25 tahun pula bekerja sementara/kontrak setahun dengan TNB. Jadi anak sulung saya ada tolong kami sikit2. Anak saya dapat penyakit ini sejak 2018 semasa dia belajar di UNITEN Kampus Putrajaya. Sakitnya datang tiba² semasa cuti sem 5. Saya ada 7 orang anak. Seorang anak saya dah meninggal sebab brain cancer. Umur anak yang bersekolah 19 tahun form 6 ( thalassemia carrier), 15 tahun form 3 (mengidap sakit jantung), 13 tahun form 1 (thalassemia carrier), 11 tahun standard 5 (mengidap asma kronik). Penyakit anak² saya lebih kepada thalassemia carrier yang itu genetic. Kami ada dapat bantuan daripada Zakat Selangor menyumbang keperluan asas, pampers, wet tissue dan underpad dan sedikit duit belanja RM650 dan JKM adalah menguruskan pesakit terlantar RM500. Dalam masa sama Adun Semenyih ada bagi sumbangan jika keperluan tidak cukup terutama di pertengahan bulan untuk keperluan dapur. Document daripada Hospital HKL dimana anak saya mendapatkan rawatan di Institut Kajian Saraf under Neurologist saya sertakan sekali untuk pihak tuan/puan. Duit belanja ke Hospital pun Zakat Selangor ada bagi. Kami ada tunggakan bil api sebab ada problem wiring dan air pulak sebab paip bocor. Sharmine salah seorang pesakit rare deases dikalangan pesakit Neuro yang lain jadi dia akan selalu masuk wad kalau dia relapse. Kemungkinan besar hujung tahun ni doctor neurologist akan hantar beberapa sample darah ke University Oxford Hospital di UK utk mendapatkan firm diagnosis. Tahun lepas dia banyak kali warded dan 3 kali intubate masuk ICU, tahun ni baru 2 kali sebab kes covid tinggi. Jadi family terpaksa jaga dan di pantau oleh pihak Hospital. Dulu saya gunakan ambulance Uncle Kentang, cuma sekarang saya terpaksa guna kenderaan sendiri dengan bekalan O² takut sawan @ SOB (short of breathing). Kalau terlampau teruk kena call ambulance Hospital Kajang. Untuk oksigen ada NGO bagi tapi kalau habis kena refill sendiri. Satu tong tu RM70 kalau refill. Itu yang kami cari NGO yang boleh di percayai. Jadi dengan marhaen.my saya harap dapat membantu dan memantau tabung untuk anak saya.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Fairuz  RM50.00
Top Contribution
Ungku  RM2,000.00
First Contribution
Sabrina  RM10.00

2,244.0

Baki Lot Diperlukan

2,756.0

Lot Telah Terbeli

552

Penyumbang

2,009

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Fairuz  RM50.00
Top Contribution
Ungku  RM2,000.00
First Contribution
Sabrina  RM10.00

Kempen Lain