Nurul Menderita Slipped Disk Yang Kronik


Nurul Menderita Slipped Disk Yang Kronik


MarhaenMY - Nurul Ain Mohd Yusof
Kluang, Johor
Published: Oct 27, 2021
34.33%
RM 2,060.00 RM 6,000.00


394.0
Baki Lot Diperlukan
206.0
Lot Telah Terbeli
88
Penyumbang
1,502
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
600 Lot Ditawarkan

Saya Nurul merupakan pesakit Slipped Disc sejak tahun 2018. Akhir2 ini sakit ini semakin kerap hingga menyebabkan saya diberhentikan kerja pada bulan 6. Pelbagai pekerjaan lain di minta, tetapi ditolak kerana masalah kesihatan. Saya ada 5 orang adik beradik, kakak da berkeluarga dan ada 4 orang anak. Bawah saya adik lelaki 3 orang. Sorang di KL pun baru mula kerja baru. Sorang di JB. Yang kecik umur 6 tahun duduk dengan mak saya. Family saya ada tolong sikit2 tapi mak saya pun susah. Niaga nak bangun balik. Kakak saya surimah anak 4orang, anak kecik2 lagi. Adik saya pun baru dapat kerja, sebelum ni pun banyak tolong saya sebelum diberhentikan. Dari segi bantuan makanan asas. Kadang2 pernah kakak bagi cash RM20, RM50. Sebab saya ade bela kucing 2 ekor.

Pada bulan Ogos 2021, saya telah memohon jawatan kosong di sebuah kilang dan telah di arahkan untuk membuat swab test yang ditanggung oleh company. Tetapi, keputusan saya positif covid tanpa simptom dan telah di kuarantin dari 4hb Ogos sehingga 13hb Ogos di Hospital Permai.

Pada 14hb Ogos saya telah ke bahagian kecemasan hospital kerana sakit belakang L4,L5 saya menjadi teruk semasa dalam tempoh kuarantin. Dan saya mendapat temujanji dengan pakar ortho pada 25hb Ogos.

Pada 25hb Ogos setelah berjumpa dengan pakar tulang, saya telah ditahan di wad untuk menjalankan prosedur MRI. Saya ditahan dari 25hb Ogos sehingga 30hb Ogos. Terdapat masalah sedikit pada bahagian L4,L5 tapi sangat2 memberi kesan dalam aktiviti seharian saya.


Saya tak boleh membongkok atau menyapu guna penyapu pendek kerana memberi kesan pada tulang belakang. Saya juga tak boleh mengangkat benda2 berat seperti sebelum ni. Tidak boleh bergerak terlalu lama, diri terlalu lama atau duduk terlalu lama.

Pada pertengahan bulan 9, saya dapat kerja sebagai pembantu dapur. Selama hampir 2minggu saya berkerja dan beberapa hari cuti kerana sakit tulang belakang saya datang sehingga kaki saya tak boleh bergerak. Jadi setelah beberapa hari cuti, saya terpaksa berhenti sebab saya tak selesa kerana kerap cuti. Sebagai makluman semua, sakit tulang belakang saya bila datang, akan menjejaskan dari pinggang hingga ke kaki. Pernah juga sehingga saya muntah2 dan jadi sesak nafas.

Sebelum ni di HSI, saya pernah diberi suntikan m*rphin sebagai ubat tahan sakit. Dan sekarang saya bergantung harap pada ubat. Sebelum ni ada follow up dengan hospital. Sekarang bergantung pada ubat. Tapi doc ada bagi surat discaj, doc cakap kalau terlalu sakit boleh ke emergency tunjuk surat je sebab da ada rekod. Saya ada 3 jenis ubat iaitu Tramadol, panadop, celoxib. Ubat ni saya amek dari hospital tak payah bayar. Tapi doc sedia maklum, ubat2 tu tak membantu saya dan Selalu akan dibantu dengan injection dekat hospital. Masa duduk JB, ada rekod dengan hospital sultan ismail. Selalu dapat morphin. Saya kadang2 pakai pampers sebab bila da bedridden, nak bangun pun terasa tulang2 tu sakit sebab masa bulan 8 warded pun pakai pampers sebab tak boleh control kencing. Kalau kat Kluang ni dekat emergency dapat injection tahan sakit tapi ambik masa 3 hari bagi kesan. Saya selalu pergi bila betul2 tak boleh tahan sakit, dan bila sakit da tahap sesak nafas dan muntah2. Sebab saya da lama makan ubat dari 2017. Tapi tahun ni kerap juga dapatkan rawatan

Baru2 ni Alhamdulillah saya dapat kerja sebagai pembantu gerai goreng pisang. Setelah 2minggu kerja, baru 2hari saya terpaksa minta cuti kerana sakit. Sakit tiba2 datang waktu saya membersihkan bilik. Pinggang saya seperti terkena renjatan elektrik secara tiba2 dan terus tak boleh tegak atau bongkok. Saya bedridden/terbaring 2hari di atas katil dan bergantung pada ubat hospital. Punca saya start sakit sebab sebelum ni saya pernah jatuh. Pernah berkahwin, mengandung. Dan misscarriaged waktu 5bulan 3hari. Selepas beberapa bulan, saya mula sakit. Dan akhirnya di diagnos dengan slipped disc L4,L5

Saya menyewa bilik. Baru2 ini saya ada mengutip 2ekor anak kucing yang hendak dibuang tuannya. Jadi salah saya kerana tidak memaklumkan pada tuan rumah untuk membawa kucing. Tetapi saya bela di dalam bilik dan kucing2 saya buang air di dalam bekas yang disediakan. Rupanya bekas kawan sebilik(si A) telah mengadu pada tuan rumah benda2 yang tak benar. Jadi tuan rumah tanpa bertanya, terus minta saya pindah bilik. Dan si A telah menfitnah saya dengan mengatakan perkara2 yang tak betul pada si B yang juga kawan sebilik serta telah memburukkan saya pada si C kawannya yang baru masuk rumah sewa ni menggantikan dia yang keluar.

Saya juga merupakan pesakit Major Depressive Disorder with suicidal ideation. Jadi si A telah memburukkan saya dengan menggelarkan saya perempuan gila. Dan memburukkan saya pada tuan rumah dan tuan rumah menggelarkan saya perempuan bermasalah pada si C yang baru masuk. Saya hanya tau bila tuan rumah berkias suruh keluar rumah sebab bela binatang dan saya bertanya pada si B dan si C dan mereka ceritakan semua yang si A fitnah saya. Sekarang, dalam keadaan sakit dan baru bekerja dan mempunyai beberapa komitmen dan tunggakan, saya perlu keluar dan cari rumah. Saya minta jasa baik tuan rumah bagi saya tempoh sehingga hujung November sebelum saya keluar. Dan sewa November tolak dari deposit saya sebelum ni.

Sebelum ni, pada awal2 saya berhenti saya da gadai cincin dan jual gelang emas saya. Saya tiada kenderaan untuk ke hospital jika sakit dan menggunakan grab. Ulang alik saya pergi naik grab pun dalam RM14.

Saya perlukan dana untuk pindah rumah sewa lain, makanan dan pasir kucing serta sedikit simpanan jika saya tidak dapat kerja kerana sakit tulang belakang. Saya juga ingin membeli tilam yang sedikit tebal seperti saranan doktor untuk sakit slipped disc saya. Bukan untuk tidur nyenyak, cukup untuk saya dapat tidur tanpa rasa sakit bila bangun esoknyaπŸ˜”

Terimakasih kepada semua yang sudi membantu saya. Moga Allah menggantikan dengan segala kebaikan dunia dan akhirat πŸ™πŸ™πŸ™

Read More



Updates




Tarikh Disbursement:

01/11/2021 : RM572.50

Jumlah dana yang terkumpul setakat ini.
(dana selepas ditolak transaction fees + marketing RM200)
1. Saya beli dengan orang untuk yang mee siput tu tak ada resit

 

08/11/2021 : RM82.50

Jumlah dana yang terkumpul setakat ini.
(dana selepas ditolak transaction fees)

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Iman  RM20.00
Top Contribution
Izham  RM150.00
First Contribution
Siti  RM20.00

394.0

Baki Lot Diperlukan

206.0

Lot Telah Terbeli

88

Penyumbang

1,502

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Iman  RM20.00
Top Contribution
Izham  RM150.00
First Contribution
Siti  RM20.00