Assalamualaikum, saya ada 4 orang anak sakit dan diri sendiri sakit kronik dan kemurungan. Anak no1 umur 13 tahun, anak no2 umur 11 tahun, anak no3 umur 9 tahun , anak no4 umur 4 tahun. Suami baru lepas accident dan mengalami renggang bahu dan tidak dapat bekerja buat masa sekarang. Saya pulak baru lepas keluar lepas saya positif covid tahap 4. Dia kerja sebagai buruh dan gaji RM1200 sebulan. Suami saya pun banyak kali mintak cuti sejak anak saya start sakit. Saya hanya suri rumah je sebelum ni dan selepas suami saya accident saya start buat dropship jual pekasam dan kain sarung. Itu la pendapatan kami sekarang dan tak menentu sebab anggaran saya dapat tu dalam RM300 tu pun andai saya tak sakit terus untuk berniaga. Anak yang sulung dah 6 tahun sakit dan anak yang bongsu dah 4 tahun dari 2017. Anak no 3 ni tahun ni bru naik benda dalam mulut dan akan dipasang alat di HUSM. Benda yang tumbuh tu dia terhantuk dengan adik dia dan pecah urat air liur. Anak saya yang sulung magraine tahap 3. Anak yang bongsu sawan asthma dan usus. Rumah sewa kami RM350 sebulan dan buat masa sekarang kami takde tunggakan lagi cuma saya tak tahu macam mana lepas suami accident. Keperluan anak sahaja pun dah RM400 sebulan. Susu 8 packet sebulan anggaran dalam RM400 sebab RM30 600 gram je. Anak no 4 sangat2 perlukan susu sebab itu sumber dia membuang. Kami dapat bantuan JKM sebanyak RM600. Baran dapur mencukupi lagi buat masa ni tapi hanya seminggu dua bertahan. Untuk bil api air InsyaAllah takde tunggakan. Ank no 3 ada rawatan 1hb untuk pakai alat di mulut dan suami pulak untuk pakar tulang. Cuma yang sulung je makan ubat migraine. Kos tanggungan perkhimatan JKM yang bayar cuma alatan sahaja yang saya kena beli sendiri. Untuk alatan mulut anak saya tu dalam RM150 saya kena beli. Alat kena beli tu bukan macam pendakap gigi , alat tu tak nak nanti gigi rapat dengan benda dia nak buang yang biji tu nanti 1 hb sebab dia nak buang sekali akar dalam bibir tu. Sebelum ni pernah buang 3 kali tapi tumbuh makin besar. Yang bongsu tu cuma susu je sebab dia selalu sawan time nak demam. Dia sawan dulu bru demam tu yang mengejut , susah sebab dia jenis demam dalaman dulu. Asthma time hujan time sejuk problem la sikit. Saya pulak ada sakit kulit priosis. Saya harap ada dapat bantuan untuk saya dan keluarga.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.