Hilang Punca Pendapatan, Suami Menghidap Sakit Kencing Manis Kronik


Hilang Punca Pendapatan, Suami Menghidap Sakit Kencing Manis Kronik


MarhaenMY - GERANJA ANAK NYAMBA
Bintulu, Sarawak
Published: Oct 29, 2021
64.5%
RM 3,870.00 RM 6,000.00


213.0
Baki Lot Diperlukan
387.0
Lot Telah Terbeli
216
Penyumbang
1,115
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
600 Lot Ditawarkan

Selamat sejahtera. Saya Monica berasal daripada Bintulu, Sarawak. Saya dah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Anak paling sulung umur 22 tahun dan bekerja di Semenanjung, anak no 2 berumur 17 tahun dan 14 tahun. Sekarang ni kami hilang punca pendapatan selepas suami saya menghidapi sakit kencing manis kronik, tinggi darah dan mata semakin kabur selepas operation 30/05/20 dekat Hospital Bintulu dan ada pertumbuhan di belakang badan. Masa suami sakit kami ulang alik naik grab dalam RM30 pergi balik. Tapi sekarang memang da tak boleh nak pergi hospital sebab rumah kami memang atas air dan sekarang suami memang tak boleh nak berjalan. Jadi susah nak bawa dia sebab tu saya cuma boleh letak ubat sapu dan kena beli sendiri.

Sebelum ni saya dan suami kerja sendiri je, pukat udang galah atau menjala ikan. Dah lebih 10 tahun kami berjual sendiri dekat Tamu Bintulu. Kadang2 ada restoran akan ambik udang galah daripada kami. Suami da lama sakit sejak 2014 mula2 dia sakit biasa je dan masih boleh bekerja cuma masuk hospital 2 kali. Kalau kerja sebulan 2 3 kali dia pergi memukat. Lepas tu awal bulan ni saya start berjual sikit2 sebab kencing manis suami makin kritikal dan tak dapat pergi kerja. Pembalut, kapas dan ubat pun saya kena beli sendiri. Kami hanya duduk rumah setinggan je.

Anak sulung saya kerja dengan orang dekat Selangor sebab dia tak dapat cari kerja yang bagus dan gaji pun dapat gaji hari sebanyak RM30. Kadang2 seminggu tak ada kerja. Duit gaji yang dia dapat pun dia guna untuk bayar sewa dia. Jadi memang anak saya tak dapat nak bagi kami duit. Anak saya yang 17 tahun dan 14 tahun dah tak bersekolah sebab kami tak ada duit nak hantar mereka pergi sekolah selepas kami hantar anak sulung kami habis belajar. Sekarang mereka cari kerja untuk bantu kami sekeluarga. Ubat sapu untuk suami satu pun RM49, dulu masa dia sakit saya kena sapu 2 kali sehari tapi sekarang 1 kali 1 hari je. Saya juga memerlukan bantuan kapas untuk sapu ubat dekat belakang badan suami akibat kencing manis. Untuk bantuan saya tak tahu ada bantuan apa sebab kami duduk pun jauh daripada bandar dan mesti naik sampan kalau nak ke bandar. Duit kebajikan RM300 pun tak dapat. Saya hanya guna duit BRIM yang kerajaan tu atau BRIM sayangku sarawak. Suami saya buat rawatan dekat Hospital Nyabau. Kos perubatan suami masa tu saya berjumpa dengan pengarah hospital minta bayar murah atau dapatkan diskaun sebab duit pun tak ada sangat. Masa ni kami ada duit sikit sebab masa suami kerja dia ada simpan duit EPF lepas tu last keluarkan EPF tu bulan 6 lepas tu da habis da.

Untuk bil api dalam RM100 sebulan, bil air dalam RM50 sebulan sebab kami sambung daripada orang Cina yang duduk area rumah dan dah 5 bulan berhutang dengan dia. Tapi diaorang tak bising sebab dia da biasa duduk sama dengan kami dan dia cuma warning kami sahaja untuk bayar. Kalau bil api je kena potong 9 bulan. Kalau ada duit pun tak dapat nak bayar bil sebab utamakan ubatan suami dan keperluan asas dulu. Keperluan asas selalu kami tak ada masalah sebab ada NGO yang bagi setiap bulan, dan NGO tu memang da cakap dia akan tolong kami selagi boleh sebab suami sakit kronik. Sejak suami saya sakit, selera makan dia pun hilang sebab dia jarang makan nasi dan nak naikkan selera dia saya cuba beli buah. Saya kena beli ubat sapu, bayar bil api air dan sedikit makanan macam buah untuk suami saya. Kalau ubat makan selalu saya kena ambik dekat poliklinik sebab free. Saya berharap kalau ada orang yang sudi tolong kami sekeluarga pun saya dah bersyukur.

 

Update 17 / 03 / 2022

Keadaan suami saya masih sama tak ada perubahan dan dia ada mengadu sakit dia tu sakit sangat. Dan keadaan kami sekeluarga sangat teruk sebab tak ada yang kerja untuk cari duit belanja. Anak perempuan saya masih bekerja tapi dah 2 bulan dia tak dapat nak hantar duit belanja dan terpaksa berhutang dengan siapa2 untuk beli ubat dan belanja dapur kami sekeluarga. Saya tak dapat nak hantar suami ke klinik sebab tak ada duit nak bayar tambang grab. Selalu saya beli ubat untuk suami bertahan 2 minggu kadang2. Kadang2 duit yang dapat pun tak cukup.

 

Update 13 / 09 / 2022

Sekarang ni mata suami saya dah tak nampak sebelah dan dia selalu muntah. Saya masih perlukan bantuan lagi sebab tak ada tempat cari belanja. Suami saya dah lama tak ke hospital sebab tak ada siapa yang nak bawa dia sebab nak kena angkat dia dan saya sendiri pun tak larat nak bawa dia. Anak saya yang perempuan tu sekarang kerja sebarangan sebab tak dapat kerja yang tetap, dia kerja dekat kedai makan melayu. Kalau ada sesiapa kerja kosong boleh tolong carikan anak saya kerja juga. Gaji dia dekat kedai makan RM35 sehari dan dia tak ada sijil sebab tak dapat nak bayar hutang study dia (habis study 2018). Dulu anak saya belajar bahagian farmasi. Keputusan SPM dia dulu pun bagus dia dapat 4A6B. Anak saya yang lagi dua orang dah berhenti sekolah sebab tak ada duit nak bayar sekolah mereka berdua. Anak saya yang lelaki (18 tahun) sekarang kerja jaga kebun lada dekat rumah panjang kami. Tak banyak tapi ada 500 tiang kebun lada. Yang anak last tu tak boleh bekerja lagi sebab bawah umur.

Read More



Updates




Update 08 / 05 / 2023

Keadaan suami masih dalam keadaan sama. Dia tak boleh nak kerja cari duit sebab dah lumpuh tak boleh nak berjalan lagi, hanya boleh terbaring sahaja. Pergi hospital pun kami tak dapat nak pergi sebab tak ada orang boleh bawa lepas anak lelaki saya accident tangan kiri dan jari dia terputus. Nak bawa beras pun dia tak larat. Kami ada dapat bantuan beras 10kg setiap bulan dari NGO bintulu. Sekarang keadaan rumah pun teruk, dinding habis runtuh tak ada duit nak beli plywood. Dapat bantuan dari office kebajikan masyarakat RM250 sebulan. Saya tak berjual sayur sebab memang tak ada modal. Nak beli makanan pun tak cukup duit, duit bantuan yang dapat tu la kami guna buat beli barang keperluan dan bayar bil api air. Anak sulung dulu kerja semenanjung tiap bulan RM150 tapi esok dia balik Bintulu, dia dah berhenti kerja sebab kesian kan kami berdua tak ada siapa yang boleh jaga. Saya pun dah tua tak dapat nak berjalan jauh. Bila dia kerja sana dia tak dapat nak bagi sangat duit belanja sebab duit sewa bilik dah RM600, belum lagi duit nak makan. Dia ada balik masa raya haritu dan dia tengok keadaan kami daif sangat tu dia balik ambik barang2 & terus berhenti dan cuba cari kerja dekat sini. Luka kat suami dah beransur pulih tapi dalam dia masih sakit sebab banyak putus. Kesan sampai dia tak boleh berjalan dan angkat berat cuma boleh 1kg sahaja dia boleh angkat.

Read More



Recent Contribution
Asnani  RM10.00
Top Contribution
Ami  RM150.00
First Contribution
Eyxxxlxx  RM10.00

213.0

Baki Lot Diperlukan

387.0

Lot Telah Terbeli

216

Penyumbang

1,115

Pengunjung
Recent Contribution
Asnani  RM10.00
Top Contribution
Ami  RM150.00
First Contribution
Eyxxxlxx  RM10.00