Bantuan keperluan abang oku susu dan tunggakan bil


Bantuan keperluan abang oku susu dan tunggakan bil


MarhaenMY - Induk becik binti ibrahim
Batu Pahat, Johor
Published: Oct 29, 2021
6.2%
RM 310.00 RM 5,000.00


469.0
Baki Lot Diperlukan
31.0
Lot Telah Terbeli
21
Penyumbang
522
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya menjaga abang yang sakit terlantar lumpoh separuh badan dah 2 tahun sebab tulang belakang patah. Dia jatuh masa kerja tapi dia tak ada caruman kwsp sebab abang kerja sawit je masa tu. Abang saya memerlukan kos susu setiap bulan. Abang saya minum susu ensure dan pampers. Satu tin susu tu RM91.90. Sebulan guna 4 tin. Dia minum 3 kali sehari pagi, petang dan malam. Suami saya dulu pemandu lori tapi dah 4 bulan kena berhenti kerja sebab kerap cuti. Dan sejak lockdown tak ada job. Suami bawak lori transport. Suami saya pon baru dapat kerja setelah berbulan tidak ada kerja akibat diberhentikan. Suami kerap bawak abang pergi checkup ke hospital dan klinik jadi prestasi kerja suami tak memuaskan. Sekarang suami baru dapat kerja tapi tak boleh cuti dah. Basic RM1200 sahaja. Saya dalam rumah 5 orang termasuk abang kandung saya sakit terlantar. Jadi saya saja yang uruskan semua appoinment abang dan uruskan anak anak kecil 2orang berumur 3 tahun dan 1 tahun. Bil banyak tertunggak dan sewa rumah pon sama. Sewa kami RM350 sebulan. Tunggakan sewa dah 3 bulan. Ni pon kalau tak dapat bayar saya terpaksa cari rumah lain. Saya perlukan kos ulang alik ke Hospital Nora Ismail dan klinik untuk hantar abang. Sebab abang kerap ke fisioterapi. Abang saya setiap hari kena pergi klinik makan ubat tibi. Sampai doktor cakap kena stop. Appoinment fisio 2 minggu sekali. Appoinment hospital sebulan sekali klinik pon sama. Dan kalau kami hantar dia beurut seminggu RM50. Kos ulang alik biasa saya hantar ke hospital RM30. Ke klinik RM20. Fisio buat dekat hospital. Dan kos ubat beliau. Ubat dia pun dalam RM200 lebih sebulan. Keperluan asas masih ada sikit. Cuma lauk lauk je dah kurang. Abang kena makan makan lain sebab dia kena pantang. Tak boleh sama dengan masakan untuk kami. Dia kena makan masakan sup sup, bubur, sayur, buah. Susu anak pon biasa beli packet RM23 1 pack, lepas tu lauk saya tak tahu lah sebab biasa memang beli sikit sikit. Nk masak baru beli. Saya harap ada yang dapat bantu kami.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Zafrie  RM20.00
Top Contribution
Maz  RM50.00
First Contribution
Arifah  RM10.00

469.0

Baki Lot Diperlukan

31.0

Lot Telah Terbeli

21

Penyumbang

522

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Zafrie  RM20.00
Top Contribution
Maz  RM50.00
First Contribution
Arifah  RM10.00

Kempen Lain