Nor Syazwin Binti Ramlle yang berumur 12 tahun adalah anak ketiga daripada tiga orang adik beradik berumur 19 tahun dan 16 tahun. Ayah beliau merupakan seorang pemandu lori berpendapatan RM 1200 manakala ibu beliau hanyalah seorang suri rumah. Ini menyebabkan ayah beliau seorang saja berkerja bagi menampung segala kos. Untuk rawatan susulan, ibunya terpaksa menaiki grab car untuk ke klinik kesihatan yang berdekatan dengan kos sebanyak RM 15 sehari pergi dan balik juga untuk rawatan susulan di hospital Sultanah Aminah yang memerlukan kos pengangkutan sebanyak RM 60 pergi dan balik.
Manakala rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail perlu mengeluarkan kos pengangkutan sebanyak RM 40 pergi dan balik. Memandangkan ibu beliau yang tidak pandai memandu kenderaan sendiri. Nor Syazwin kini bergantung sepenuhnya kepada beg stoma untuk membuang air besar dengan anggaran kos sebanyak RM 20 per pcs dan kos yang diperlukan untuk ibu beliau membeli beg stoma RM 200 sebulan. Selain itu, susu khas petemen yang berharga RM 80 sebanyak 400g juga diperlukan yang hanya bertahan selama seminggu. Nor Syazwin memerlukan susu khas ini sekurang kurangnya 4 tin sebulan.
Glukose original yang bernilai RM 15 per tin dan beliau memerlukan 4 tin yang berharga RM 60 untuk sebulan. Norsyazwin ni mengadu sakit perut muntah cirit birit .. Perut terik sangat. Xpayah tekan, sentuh sikit je dah menggelupur. Dia kata, sebelum ni rasa xselesa ja. Seminggu rasa xselesa. Hari yang sakit sangat pergi ke klinik swasta berbayar ambik darah doktor bgtau darah putih rendah sgt kena cepat2 bawa ke hospital. So, daripada klinik terus tolak pergi ke hospital masuk kecemasan. Mula2 ingtkan perforated appendix, (Appendix pecah) Bila bukak je perut, astaghfirullahalazim.bau dia ,macam bangkai. Air najis sampai mengalir ke katil. Rupanya usus yang pecah. Usus yang panjang 10 meter tu rosak. Hitam. 2/3 dari usus kena buang. Jahit untuk tutup lubang je. Semua dah xboleh pakai. Terpaksa buat stoma beg. (Lubang kat perut utk keluar najis).
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.